Isnin, 8 Februari 2016

Lelaki Over Ego & Bajet Bagus?

Perempuam suka lelaki yang bersahaja, yang tak complicated sangat dan yang paling penting, boleh kawal ego. Wujud ke lelaki begini? Tentulah wujud. :-)

Lelaki over ego? HaHaHa! Apa maksudnya over ego ni? Tentulah lelaki yang terlebih ego, yang tak boleh nak kawal keegoan nya tu. Pendek kata, egomaniac. Memang tak berkenan dengan orang sebegini. Sorry to say, membuatkan orang meluat!

Kenapa tiba-tiba cerita pasal lelaki over ego dalam entry kali ni? Tiba-tiba saya teringat seseorang yang... errr... macam mana nak cakap ek. Ish.... memang nak elak berjumpa orang begini ni.
Based on experience terjumpa, terserempak, terkenalan, marilah saya share ciri-ciri yang must have di dalam diri mereka:

1. Susah nak Minta Maaf
Yaaaa.... ini paling ketara. Dah la tak nak minta maaf, lepas tu orang seperti ini berani pula cakap kita ni sepatutnya di ajar baik-baik. Walau terang lagi bersuluh itu bukan kesalahan kita, jangan haraplah si lelaki over ego ni nak berlutut minta maaf kat kita. Disuruhnya kita yang berlutut lagi ada la.


2. Berlagak 
Duit tak seberapa tapi lagaknya lebih. Contohnya.... beli smartphone mahal-mahal lepas tu tayang kat dalam Facebook atau Instagram. Tapi rupanya bayar CCM tiap bulan. Nak beli kereta yang mewah tak padan dengan gaji. Biar papa asal bergaya.


3. Bajet Hot
Of course.... yang over ego ni mesti rasa diri tu bajet hot. Selfie banyak kali mengalahkan perempuan. Bila ada orang minat kat dia, macam-macam alasan diberikan. Nak yang bertudung la, nak yang slim la apa la. Dah tu bujang terlagak sampai ke tua la jawabnya ek.


4. Susah nak Ungkapkan Perasaan
Kalau suka tu cakap sahajalah suka. Ni eksyen tak nak mulakan langkah. Alooo.... biarlah lelaki yang mulakan step. Barulah gentleman. Lepas tu bila dah gaduh dengan girlfriend, boleh pula dia kata si perempuan tu yang terhegeh-hegeh kat dia. Bukan dia yang nak perempuan tu (kononnya).


5. Tak Hormat Orang
Kalau bercakap dengan orang tua kena pada adatnya. Ni orang nak minta tolong sikit, mula nak emosi lebih. Lepas tu maki kat dalam Facebook orang tu itu ini... sangatlah tak beradat.


6. Tak nak Dengar Pandangan Orang
Ni lagi satu sifat yang jelas. Contohnya la kan.... si lelaki ni terasa dirinya gemuk dan nak kurus. Lepas tu kawannya tu pun bagitaulah tips bagaimana nak kurus. Lepas tu yang over ego ni buat muka dan tak nak dengar nasihat. Ntah. Dia rasa dia punya idea yang terbaik kot. Tu yang tak nak dengar nasihat orang lain. Tapi bila dia nakkan sesuatu dari orang, pandai pula buat muka manis.


7. Bajet Penting
Dia rasa dialah orang yang orang yang paling penting di dalam dunia ni sehingga dia jadi demanding dan bossy dalam sesuatu hal. (Ada beza orang penting dan bajet penting).


Itulah sedikit sebanyak watak lelaki over ego dan bajet bagus. Walaubagaimanapun, kita tak boleh judge orang sesuka hati. Setiap manusia ada kebaikan dalam dirinya. Manusia ada hati dan perasaan. ^^

P/S - Satu orang kata tak apa... kalau tiga empat orang kata benda yang sama... haaa.... itu ada masalah la tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!