Sabtu, 13 Februari 2016

Keperluan Kucing Saya yang Meowvellous!

Walaupun kucing saya ni hanyalah.... errr.... 'kucing kampung' tapi dia la yang selalu teman saya kalau Hafiz tak ada kat rumah. Namanya Si Hitam. Title kucing kampung tidak semestinya penjagaan ala kadar. Penjagaan Si Hitam ni adalah tahap royal cat. Tidur dalam aircond, katil lagi empuk,  makan pun makan wetfood. Pendek kata, memang apa yang diminta semua diberikan.
Jom saya share keperluan kucing saya setakat ni.

Wetfood Fussie Cat dan Whiskas. 
Ni adalah makanan kegemaran Si Hitam. Selalunya saya akan beli dua dozen wetfood  untuk bekalan seminggu lebih ke dua minggu. Harga satu tin adalah RM2.90. Jenama yang paling Si Hitam minat adalah Fussie Cat + anchovies. Yang lain pun Si Hitam juga tapi tak lawan yang ada anchovies. Selain itu, saya juga beli wetfood jenama Whiskas berperisa Chicken and Tuna kerana ianya lebih berkuah. Harga sekotak besar ialah RM36.

Selain itu, saya juga akan sentiasa stok pasir untuk tandas Si Hitam. Kali ni saya beli jenama Fussie Cat kerana saya mendapat harga yang murah iaitu RM60 untuk 3 pek. Hanya di JJ Pet Shop, UA. Fussie Cat cat cumpling menawarkan pelbagaj jenis wangian seperti jasmine, rose, powder dan lain-lain.

Oleh kerana Si Hitam ni jenis aktif dan suka keluar rumah, saya gunakan Jusz Spray untuk mandikannya setiap hari. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat untuk kucing dan membuatkan bulu kucing nampak berkilat. Hanya sembur Jusz Spray di bulu kucing, urutkan buat seketika dan lapkan. Dah siap! Harga sebotol dalam RM30+ dan tahan untuk beberapa bulan.

Wet Tissue untuk kucing. Produk ini boleh didapati di Daiso Japan di 1Borneo atau Suria Sabah dengan harga RM5.30 sahaja. Boleh dilap di bahagian kaki, tangan, mulut, gigi dan xxx kucing. Selagi tak lap, selagi tu Si Hitam tak boleh naik atas katil. Elakkan dari terkena mata kerana dikhuatiri mata kucing menjadi pedih pula. ^^

Oleh kerana Si Hitam tak makan Royal Canin ni... saya bagi makanan ni untuk kucing jiran sebelah yang selalu datang lepak di rumah. Beli punyalah mahal. RM70+ untuk pek 2KG ni. Saya bagi makanan ni untuk kucing jiran tu supaya dia tak kacau wetfood Si Hitam. (Walaupun kengkadang dia sapu juga wetfood tu sebenarnya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!