Khamis, 11 Februari 2016

Jagung Manis dalam Tin Ayam Brand

Siapa kat sini suka makan jagung dalam tin? Saya ni peminat setia jagung sebenarnya. Terutama jagung rebus, corn in cup dan jagung dalam tin. Tapi hairan juga, jagung bakar tak pula saya berapa minat. Heh... Macam orang lain pun ada tabiat yang sama juga. Ada yang suka makan telur goreng tapi bila telur campur dalam nasi goreng tak nak makan pula. Ada yang suka makan ayam kari tapi kalau daging kari tak minat. Saya tak minat makan coklat tapi susu perisa coklat suka pula. Heee.... macam-macamlah. Masing-masing punya suka.

By the way, antara brand jagung dalam tin yang terbaik bagi saya ialah Ayam Brand dan Del Monte. Tapi saya lagi suka pilih Ayam Brand kerana harganya lebih murah tetapi kualitinya tetap hebat. RM3.50+ satu tin. Lagipun jenama Ayam Brand ni dah lama berada di pasaran. Lagi satu... warna jagung nya juga keemasan dan bila di makan begitu rangup sekali. >.< Cheewaahh!

Bila makan jagung dalam tin yang ni... tak kisah la tak makan makanan yang lain. Kalau campur dengan susu cair bagi kaw-kaw punya pun sedap juga. Selain itu boleh juga campur dalam ais kacang atau ABC.

Sesiapa yang nak try makan jagung dalam tin, pilih Ayam Brand. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!