Sabtu, 27 Februari 2016

Inactive...

Seminggu straight yang sangat kurang tidur, makan yang tak ikut time dan kerja yang terlalu banyak betul-betul memberi kesan kepada saya. Akhirnya demam teruk bermula petang hari Jumaat lepas semasa saya bertugas di Labuan. Suddenly kepala sakit dan malam tu dah demam. Pun still paksa diri nak keluar lagi bawa staf berjalan-jalan. -_- Akibatnya.... malam tu adalah malam yang sungguh tak selesa. Plus.... kaki saya ter accident, menyebabkan tisu terkoyak dan lebam. Another bonus....

Jatuh sakit teruk begini jarang terjadi kepada saya. Dan apabila terkena sahaja, saya dah tau mesti lama baru nak baik. Biasanya kalau terlalu penat, inilah akibatnya. Tonsil pun akan membengkak dengan teruk dan membuatkan saya hilang selera makan. Seminggu sakit ni... saya dah hilang dalam 1KG lebih. Seluar pun dah terasa longgar -_-

Saya ambil cuti sakit selama tiga hari. Mula-mula amik Isnin dan Selasa. Rabu dan Khamis masuk kerja tapi betul-betul tak dapat fokus. Pendengaran pun kurang jelas due to tonsil yang sungguh teruk. Jadi Jumaat tu saya ambil cuti sakit sekali lagi. Tapi walaupun tiga hari tu saya cuti, call dan SMS tetap banyak masuk. Dan saya masih buat kerja di rumah eventough tak sihat. I cannot simply ignore semuanya because I don't want to make people wait for me and delay their works.

Bagaimanapun, alhamdulillah saya semakin pulih. Dan seminggu ni jugalah I skip my exercise routine. Huuu..... rasa terus tak aktif. By the way, esok pagi terasa nak walking around campus sambil menikmati udara yang segar. Seriously seminggu ni seperti banyak sangat tidur... tidur... tidur... Badan pun rasa lemas sahaja. Maybe effect ubat.

Wait until semuanya kembali normal. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!