Sabtu, 6 Februari 2016

Fruit & Veg Wash untuk Sayur Menjadi Lebih Segar

Pastikan sayur dan buah-buahan yang anda makan bebas dari sebarang kotoran. Untuk tingkatkan kebersihan, saya cadangkan penggunaan Fruit & Veg Wash. Produk ini berasal dari Australia dan telah diedarkan oleh syarikat tempatan. 

Produk ini boleh diperolehi di Tong Hing Supermarket, Kota Kinabalu dengan harga RM15+. Saya suka menggunakan Fruit & Veg Wash ketika hendak memasak sayur atau makan buah-buahan. Bukan apa.... sekarang bermacam-macam jenis penyakit dah wujud. Just concern sahaja. Lebih baik jika dapat elak dari sebarang penyakit. Kan? ^^

Produk ini selamat digunakan, bebas daripada sebarang toksik dan certified green. Mungkin ada banyak lagi jenama lain di luar sana, walau bagaiamanapun saya pilih jenama Fruit & Veg Wash.

Okay. Ni adalah produk Fruit & Veg Wash. Sebotol ni boleh tahan beberapa bulan. Tengoklah kalau yang jarang masak + tak ramai orang di rumah macam saya ni, alahai.... rasanya nak beberapa bulan saya guna benda alah ni.

Made in Australia

Nak masak sayur bayam

Hanya spray sedikit sahaja

Cuci sayuran tersebut dan ini hasilnya selepas dicuci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!