Khamis, 4 Februari 2016

Resepi Paling Simple dan Sihat : Sandwich Salad

Selain daripada cornflakes yang dituang susu, ada satu lagi sarapan yang paling mudah, enak, mengenyangkan dan sihat.... iaitu sandwich salad ♡♡♡

Saya jatuh cinta dengan sandwich ni semenjak ia dihidangkan di dalam kapal terbang. Cuma yang kat dalam kapal tu sandwich lebih kecil dan menggunakan roti bun. Roti tu di belah dua dan disumbat dengan cheese dan salad. Jadi dari masa itu, setiap kali saya travelling, roti tu la yang paling saya sukai. Simple tetapi sedap. 

Benda dah lama tapi tak pernah saya try buat d rumah. Kebetulan ada beli salad.... jadi nak biar salad tu lama di peti sejuk pun tak boleh juga. Daripada membazir baik saya buat sandwich. Dan taaadaaa!!! Tak sampai 5 minit pun dah siap. Boleh bawa sarapan ni ke office. Jomlah saya share resepi yang mudah ini:

Bahan-bahan:
  • 2 keping roti
  • Salad (lagi banyak lagi sedap)
  • 1/2 keping keju

Tak ada langsung rasa 'terlalu sayur' atau sebagainya. Pendek kata, sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!