Ahad, 21 Februari 2016

Bagaimana Nak Atasi Rakan Sekerja Yang Suka Menipu?

Pernah tak anda berhadapan dengan rakan sekerja yang suka menipu? Apa-apa jenis tipulah. Dari benda kecil hingga ke benda besar semua nak tipu.

Orang yang penipu ni sangatlah MERBAHAYA. Escpecially jika melibatkan kerja. Nanti lain yang disuruh, lain yang dibuat. Akhirnya masalah tu berbalik kepada kita. Si Penipu tentulah terselamat kalau kerjanya asyik menipu sahaja. At last, orang lain yang terpaksa membetulkan keadaan.

Baiklah. Kenapa seseorang tu suka sangat menipu? Dari observation saya, dapat saya simpulkan:
  1. Nak jadi popular
  2. Kurang keyakinan diri
  3. Iri hati dengan orang lain
  4. Pentingkan diri sendiri
  5. Kurang perasaan ambil berat 
  6. Rasa terpinggir
  7. Suka tengok orang lain rasa susah
  8. Nak menjatuhkan rakan sekerja lain
  9. Sikap suka mengawal orang lain
  10. Tak nak terima pendapat orang

By the way. Apa salahnya untuk berterus terang, kan? Kenapa Si Penipu ni susah sangat nak bercakap benar? Bagi saya... jika dah selalu menipu, tentulah dia dah lali dengan perangainya yang kuat menipu. Mungkin dia akan rasakan dirinya sentiasa bercakap benar. Inilah yang paling bahaya sekali!

Hapuskanlah sikap ini dan cuba belajar untuk bercakap benar. Lebih-lebih lagi di tempat kerja. Kerana ia hanya akan membawa keburukan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah kepada orang lain. Orang akan mula tidak percayakan golongan penipu ini, dan sejujurnya akan mula menyisihkan Si Penipu sedikit demi sedikit.

Kepada golongan ini, jika dah terasa diri kurang disenangi oleh kakitangan lain, rasa disisihkan atau tidak dihormati... harap janganlah mengadu domba dengan orang lain yang tidak tahu cerita hujung pangkal. Renung diri sendiri terlebih dahulu kenapa orang bersikap sedemikian.

Saya pernah melalui perkara ini dan kini mungkin masih melaluinya. Setiap hari ada sahaja cerita yang dikeluarkan. Benda sekecil pasir pun ada hajat nak menipu. Contohnya pagi tu tak masuk office. Alasannya... ada appoinment di klinik. Bila diperiksa, tak ada pun dia kat klinik tu. Rupa-rupanya berjimba sakan di tempat lain.

Selain itu saya bagi satu contoh lagi. Dia kata dia dah buat perancangan cuti dan nak cuti esok. Bila diperiksa dalam sistem, tak ada pun buat perancangan cuti pada tarikh tersebut. Tak kah menyusahkan staff lain??

Okaylah. Bagaimana nak atasi orang yang tak reti nsk cakap benar ni?

  1. Bersemuka. Tapi jangan gunakan bahasa yang kasar. Maklumkan dia bahawa kita dapat tahu yang dia tidak bercakap benar. Tunjukkan bukti yang ada. Kita tengok bagaimana reaksi dia.
  2. Rekod setiap perkara yang dia katakan. Tulis haribulan sekali. Kita tengok dia masih boleh ingat ke tak cerita dia yang lepas.
  3. Kalau dia masih lagi buat tak endah dengan perangai dia, mungkin boleh bagi hint dalam mana-mana mesyuarat. Contohnya perjumpaan antara Ketua Jabatan bersama kakitangan. Buat sedikit kesimpulan tentang apa current issue yang dilalui oleh staf. Jangan sebut nama dia! Tapi lebih kepada pembayang.
  4. Sentiasa track dan periksa orang sebegini. Kalau dia kata begini, kena check baik-baik sama ada dia bercakap benar atau tidak. Lakukan sedikit investigation.
  5. Berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dengar tapi tidak semestinya percaya.
  6. Jangan dilayan sangat orang sebegini. Jika ada perkara penting barulah bercakap. Si Penipu memang layak untuk tidak diendahkan sangat kerana jika kita layan sangat, semakin menjadilah perangainya. Biarlah dia fikirkan sendiri apa yang dia lakukan sehingga kita dah malas nak layan orang begini.
  7. Kalau orang begini dapat ditamatkan kontrak atau dibuang kerja... bagi saya adalah wajar. Bukan untuk menutup periuk nasinya, tapi menipu dalam pekerjaan amatlah tidak patut. Ramai lagi orang lain yang inginkan pekerjaan dan mampu buat dengan lebih baik.
  8. Doakan la orang sebegini berubah di suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!