Isnin, 8 Februari 2016

Alasan Kenapa Saya Tak Dapat Tidur

Jam 0106AM.... dan masih tidak dapat tidur.... -_- Haiyaaa.... apa masalah sebenarnya yang membuatkan saya tak dapat tidur malam ni???!!!

1. Tidur Tengahari
Inilah aktiviti yang.... kalau boleh saya akan elak. Kecuali kalau terasa penat betul. Oleh kerana terlebih cas, akan membuatkan kita tak boleh tidur waktu malam. Tadi siang tertidur sebab kepenatan + suddenly tak ada elektrik. Hujan lagi. Jadi sedap la tidur. -_- Tak lama pun actually. 1 jam 30 minit sahaja terlelap.


2. Ulser dalam Mulut
Kesakitan ulser dalam mulut yang sedang berdenyut-denyut ni juga antara masalah yang membuatkan saya tak dapat tidur malam ni. -_- Kadang-kadang dalam sebulan tu memang akan diserang ulser (PMS). Orang berubah mood jadi pemarah.... saya pula datang ulser dalam mulut. >.<


3. Bunyi Mercun dan Bunga Api
Memandangkan hari ini adalah Chinese New Year, jiran-jiran yang merayakan perayaan ini pun bakarlah bunga api tepat pada jam 12AM. Best jugalah tengok percikan bunga api. Then masa baring tu terbayang bunyi tukar kepada bunyi bom... T.T Saya bersyukur Malaysia masih kekal harmoni.


4. Kucing Tak Reti Tidur
Si Hitam ni suka tidur atas katil (royal cat). Tengah malam memang dia akan terbangun dan suka bangunkan orang juga (datang dekat telinga dan mengiaw). Biasa saya keluarkan terus. Tapi memandangkan tadi bunyi mercun dan kucing ni ketakutan, saya bawa masuk balik. Sekarang dah malas nak keluarkan. Masalahnya Si Hitam ni tak nak tidur. Asyik berhias dan berpindah posisi.


5. Otak Tengah 'Berkata-Kata'
Ni la yang tak bestnya kalau tak dapat tidur. Banyak benda bermain di otak. Antara topik yang saya fikirkan termasuk bila nak tanam biji labu kuning tu? Esok pagi nak masak apa? Nak ke mana masa cuti ni, nak basuh kain dan iron baju, meeting 11hb ni... dan lain-lain. -_-


6. Balik-balik Pergi Tandas
Akibat terlalu banyak minum air + malam tadi minum sup sayur dan ayam... lepas tu tak dapat tidur punya pasal jadi bantai minum air, alamatnya balik-balik la ke tandas.


7. Sakit Badan
Hari ni belakang badan saya sakit sebab rutin senaman lain sedikit berbanding biasa (sebelum ni dah ada sakit sikit tapi tak peduli).  Memang bestlah keluar peluh tapi badan rasa berdenyut ni pun best juga.


8. Kejap Rasa Panas, Kejap Sejuk
Bila tak pakai selimut, rasa sejuk. Bila pakai selimut, panas la pula. Lastly sebelah kaki keluar dari selimut. -_-

9. Bersin + Hidung Berair
Dah makan Clarinase tapi masih hidung rasa tak selesa. Walaupun tak tersumbat tapi berair. Arrgghhh!

10. Internet
Ni la yang paling best. Asyik surfing Internet, mata tak nak tutuplah jawabnya. Sebab tu la menyempat lagi tulis blog.


Okay. Nak try lelapkan mata. Kosongkan minda 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!