Isnin, 8 Februari 2016

Aktiviti Masa Cuti

Memandangkan cuti straight empat hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa).... ada banyak masa di rumah. Walaupun begitu, di rumah bukanlah totally rehat begitu sahaja. Maksudnya kerja rumah tetap kena buat. 

Seronok dapat duduk di rumah. Nak jalan pun... mesti traffic jam semua tu. Lagipun mesti ramai orang di shopping complex. Baik di rumah la kalau gitu.

Semenjak cuti, saya ada banyak masa untuk aktiviti mengeluarkan peluh. Akhirnya terlalu bermacam perkara yang dibuat, sakit tulang la jawabnya. Rasa macam nak pergi massage belakang badan tapi paling la saya tak berapa berkenan kalau urut badan ni. Bukan apa. Nak kena buka baju semua lagi. -_- 

Okaylah. Petang ni cuaca cerah. Walau ada berangin dan awan gelap sebentar, tapi tak hujan. Alhamdulillah. Jadi saya mulakan operasi memindahkan tanaman dari dalam pasu yang dah tak berapa sihat tu. Bukan di rumah tapi di tempat kerja.

Sebenarnya jabatan kami adakan aktiviti tanaman bandar. Yalah.... mula-mula sahaja rasa best. Tabur biji benih sana sini. Lepas tu dah malas nak maintain. Sedih ooo tengok ada tanaman yang tak jadi. Oleh itu saya ambil inisiatif untuk memindahkan tanaman ni ke tanah. 

Ada beberapa pasu yang pada mulanya tak tumbuh apa-apa. Jadi saya ganti tanam kacang buncis dan labu kuning. Semua tu tak terkecuali untuk dipindahkan.

Sebenarnya tak habis lagi memindah anak pokok ni. Ada beberapa lagi yang masih dalam pasu. Yalah. Hari pun dah gelap (dah masuk Maghrib). Kena stop dulu buat kerja.

Harap tanaman tu semua tumbuh dengan gembira. ^^♡

Seluar ni baru cuci dah kotor balik daaa...

Ni kacang buncis. Ntah jadi ke tak. Ingat nak biar buncis tu melilit di pokok sahaja. Tak buat pancang.

Ini labu kuning. Paling cepat melarat dan tak perlu penjagaan yang teliti.

Ni kacang bendi. Alahai... kesian tengok sebab dah nak mati. Harap menjadi kerana biji benih ni jenis yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!