Sabtu, 27 Februari 2016

Inactive...

Seminggu straight yang sangat kurang tidur, makan yang tak ikut time dan kerja yang terlalu banyak betul-betul memberi kesan kepada saya. Akhirnya demam teruk bermula petang hari Jumaat lepas semasa saya bertugas di Labuan. Suddenly kepala sakit dan malam tu dah demam. Pun still paksa diri nak keluar lagi bawa staf berjalan-jalan. -_- Akibatnya.... malam tu adalah malam yang sungguh tak selesa. Plus.... kaki saya ter accident, menyebabkan tisu terkoyak dan lebam. Another bonus....

Jatuh sakit teruk begini jarang terjadi kepada saya. Dan apabila terkena sahaja, saya dah tau mesti lama baru nak baik. Biasanya kalau terlalu penat, inilah akibatnya. Tonsil pun akan membengkak dengan teruk dan membuatkan saya hilang selera makan. Seminggu sakit ni... saya dah hilang dalam 1KG lebih. Seluar pun dah terasa longgar -_-

Saya ambil cuti sakit selama tiga hari. Mula-mula amik Isnin dan Selasa. Rabu dan Khamis masuk kerja tapi betul-betul tak dapat fokus. Pendengaran pun kurang jelas due to tonsil yang sungguh teruk. Jadi Jumaat tu saya ambil cuti sakit sekali lagi. Tapi walaupun tiga hari tu saya cuti, call dan SMS tetap banyak masuk. Dan saya masih buat kerja di rumah eventough tak sihat. I cannot simply ignore semuanya because I don't want to make people wait for me and delay their works.

Bagaimanapun, alhamdulillah saya semakin pulih. Dan seminggu ni jugalah I skip my exercise routine. Huuu..... rasa terus tak aktif. By the way, esok pagi terasa nak walking around campus sambil menikmati udara yang segar. Seriously seminggu ni seperti banyak sangat tidur... tidur... tidur... Badan pun rasa lemas sahaja. Maybe effect ubat.

Wait until semuanya kembali normal. :-)

Khamis, 25 Februari 2016

Roti Sayur Paling Best : Sri Latha, Kota Kinabalu

Kepada penggemar sayur-sayuran... kalau nak cuba roti sayur yang sedap, boleh try makan di Restoran Sri Latha yang terletak di Bandaran, Kota Kinabalu. Restoran ini menyediakan masakan India seperti kari kepala ikan, roti canai, mi goreng dan lain-lain. 

Buka pada setiap hari, dan bermula pagi restoran ini telahpun dikunjungi ramai pelanggan. Sri Latha adalah antara restoran yang sering disebut-sebut oleh penggemar kari, dan tentunya Hafiz yang perkenalkan restoran ini kepada saya. 

Kenapa saya kata roti sayur kat sini sedap? Kerana inti roti ni amatlah tebal dan dipenuhi dengan sayur sawi, kubis dan taugeh yang rangup dan segar. Bukan itu sahaja, tetapi roti yang membaluti inti sayuran ini begitu nipis dan rangup. Roti sayur ini juga kurang berminyak. Apabila dimakan bersama kuah kari dan dal, rasa macam nak makan sekali lagi. ^^

Roti sayur di Sri Latha. RM6. 

Rabu, 24 Februari 2016

Soalan BusyBody - "Bila Nak Mengandung?"

Antara banyak-banyak soalan yang paling saya malas nak jawab dan yang paling annoying untuk didengari adalah.... "dah mengandung ke?" atau "dah berisi ke?". Soalan-soalan ini adalah antara soalan sensitif dan tak boleh ditanya sesuka hati ikut sedap mulut. Kenapa?

Dah menjadi kebiasaan orang kita. Kalau belum kahwin, mesti tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin... tanya bila nak ada anak pula. Bila dah ada anak... tak tau mereka nak tanya apa pula. Okaylah. Kenapa soalan begini tak boleh ditanya sesuka hati?
  1. Sensitiviti. Terutama kepada pasangan yang dah lama kahwin tapi masih belum ada anak. Kita sedap tanya kat mereka bila nak ada anak bla bla bla... tapi yang bertanya ni entah tau ke tak pasangan tersebut telah berusaha bermacam cara untuk dapatkan anak. Tak ada pasangan dalam dunia ni yang dah kahwin tapi tak nak anak. Haiyaaaa.....! Jangan tanya-tanya tanpa fikir aaa.
  2. Macam perli pun ada. Kadang-kadang yang bertanya ni macam nak memerli pun ada juga. Yalah. Asal kahwin dikaitkan dengan anak. Aiyoo. Ingat kahwin ni untuk buat anak sahaja ke??? Lepas tu mentang-mentang yang bertanya tu ramai anak, so sengaja nak kenakan orang lain.
  3. Sukahati la. Ya! Sukahati nak ada anak lambat ke cepat. Yang orang lain ni sibuk kenapa? Kita yang kahwin, mereka yang sibuk tanya dah berisi ke belum. Mesti ada sebab kenapa ada orang yang nak ada anak cepat atau tidak. Sebagai contoh; kerjaya. Atau still nak enjoy sana sini. Maklumlah kalau ada anak tak best nak travel.
  4. Tanya biar bertempat. Kalau dah nampak perut kembung semacam barulah sesuai tanya dah berisi ke belum. Ni nampak perut flat siap pinggang ramping, buat apa nak tanya soalan cepu emas tu?
Mungkin ada banyak lagi sebab lain kenapa tak boleh nak tanya soalan tu sesuka hati. Seriously, saya sangatlah tak minat nak menjawabnya. Kalau ada yang tanya by SMS, ignore terus lagi bagus. Kalau ada yang tanya secara berdepan pula, buat-buat tak dengar sahaja. For me... baik doakan sahaja terus dari tanya soalan ntah apa-apa.

Tak pastilah orang lain bagaimana pula tapi bagi saya, not a good question la terutama bila situasi yang dah lama tak berjumpa... terus tanya soalan "dah berisi ke belum?". Macam tak ada soalan lain ek? Besides, untuk orang yang ada kerjaya tentu ada benda lain yang nak difikirkan. Kena lagi yang selalu travel sana sini.

Mungkin saya tak berapa gemar orang amik tau kisah peribadi saya. Jika saya mengandung pun, tak semestinya saya akan jawab soalan cepu emas itu. Unless, kalau saya rasa nak share.

So hati-hati la dengan soalan ni ya. Bukan soalan favorite semua orang.

Please.... jangan jadi busybody

Nook Cafe, Kota Kinabalu

Di Kota Kinabalu ni banyak tempat makan yang menarik. Terpulang pada anda nak yang macam mana punya style.

Kepada anda yang gemar lepak dengan rakan-rakan dalam keadaan yang santai dan chic, anda boleh berkunjung ke Nook Cafe yang terletak di Jalan Dewan, Kota Kinabalu. Nak follow Instagram Nook, sila klik look.for.nook

Walaupun sebenarnya ruang cafe ini tidaklah sebesar mana, tapi anda tak akan perasan kerana setiap ruang yang ada telah digunakan sebaik mungkin. Ditambah dengan hiasan lampu dan decoration yang moden, Nook Cafe sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. 

Antara menu yang disediakan termasuk pancake dan waffle, brunch, sandwich dan cakes. Antara minuman yang disajikan termasuk pelbagai jenis coffee dan teh. 

Selain kat dalam cafe, anda juga boleh lepak di bahagian luar cafe ^^

Ini pemandangan dari dalam ke luar


Kami order tuna sandwich dengan sweet tapioca. RM16

Red tea. RM7. Ni saya punya favorite. Kepada peminat teh, rugi tak rasa


Ahad, 21 Februari 2016

Bagaimana Nak Atasi Rakan Sekerja Yang Suka Menipu?

Pernah tak anda berhadapan dengan rakan sekerja yang suka menipu? Apa-apa jenis tipulah. Dari benda kecil hingga ke benda besar semua nak tipu.

Orang yang penipu ni sangatlah MERBAHAYA. Escpecially jika melibatkan kerja. Nanti lain yang disuruh, lain yang dibuat. Akhirnya masalah tu berbalik kepada kita. Si Penipu tentulah terselamat kalau kerjanya asyik menipu sahaja. At last, orang lain yang terpaksa membetulkan keadaan.

Baiklah. Kenapa seseorang tu suka sangat menipu? Dari observation saya, dapat saya simpulkan:
  1. Nak jadi popular
  2. Kurang keyakinan diri
  3. Iri hati dengan orang lain
  4. Pentingkan diri sendiri
  5. Kurang perasaan ambil berat 
  6. Rasa terpinggir
  7. Suka tengok orang lain rasa susah
  8. Nak menjatuhkan rakan sekerja lain
  9. Sikap suka mengawal orang lain
  10. Tak nak terima pendapat orang

By the way. Apa salahnya untuk berterus terang, kan? Kenapa Si Penipu ni susah sangat nak bercakap benar? Bagi saya... jika dah selalu menipu, tentulah dia dah lali dengan perangainya yang kuat menipu. Mungkin dia akan rasakan dirinya sentiasa bercakap benar. Inilah yang paling bahaya sekali!

Hapuskanlah sikap ini dan cuba belajar untuk bercakap benar. Lebih-lebih lagi di tempat kerja. Kerana ia hanya akan membawa keburukan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah kepada orang lain. Orang akan mula tidak percayakan golongan penipu ini, dan sejujurnya akan mula menyisihkan Si Penipu sedikit demi sedikit.

Kepada golongan ini, jika dah terasa diri kurang disenangi oleh kakitangan lain, rasa disisihkan atau tidak dihormati... harap janganlah mengadu domba dengan orang lain yang tidak tahu cerita hujung pangkal. Renung diri sendiri terlebih dahulu kenapa orang bersikap sedemikian.

Saya pernah melalui perkara ini dan kini mungkin masih melaluinya. Setiap hari ada sahaja cerita yang dikeluarkan. Benda sekecil pasir pun ada hajat nak menipu. Contohnya pagi tu tak masuk office. Alasannya... ada appoinment di klinik. Bila diperiksa, tak ada pun dia kat klinik tu. Rupa-rupanya berjimba sakan di tempat lain.

Selain itu saya bagi satu contoh lagi. Dia kata dia dah buat perancangan cuti dan nak cuti esok. Bila diperiksa dalam sistem, tak ada pun buat perancangan cuti pada tarikh tersebut. Tak kah menyusahkan staff lain??

Okaylah. Bagaimana nak atasi orang yang tak reti nsk cakap benar ni?

  1. Bersemuka. Tapi jangan gunakan bahasa yang kasar. Maklumkan dia bahawa kita dapat tahu yang dia tidak bercakap benar. Tunjukkan bukti yang ada. Kita tengok bagaimana reaksi dia.
  2. Rekod setiap perkara yang dia katakan. Tulis haribulan sekali. Kita tengok dia masih boleh ingat ke tak cerita dia yang lepas.
  3. Kalau dia masih lagi buat tak endah dengan perangai dia, mungkin boleh bagi hint dalam mana-mana mesyuarat. Contohnya perjumpaan antara Ketua Jabatan bersama kakitangan. Buat sedikit kesimpulan tentang apa current issue yang dilalui oleh staf. Jangan sebut nama dia! Tapi lebih kepada pembayang.
  4. Sentiasa track dan periksa orang sebegini. Kalau dia kata begini, kena check baik-baik sama ada dia bercakap benar atau tidak. Lakukan sedikit investigation.
  5. Berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dengar tapi tidak semestinya percaya.
  6. Jangan dilayan sangat orang sebegini. Jika ada perkara penting barulah bercakap. Si Penipu memang layak untuk tidak diendahkan sangat kerana jika kita layan sangat, semakin menjadilah perangainya. Biarlah dia fikirkan sendiri apa yang dia lakukan sehingga kita dah malas nak layan orang begini.
  7. Kalau orang begini dapat ditamatkan kontrak atau dibuang kerja... bagi saya adalah wajar. Bukan untuk menutup periuk nasinya, tapi menipu dalam pekerjaan amatlah tidak patut. Ramai lagi orang lain yang inginkan pekerjaan dan mampu buat dengan lebih baik.
  8. Doakan la orang sebegini berubah di suatu hari nanti.

Sabtu, 20 Februari 2016

Nabu Razer Watch

Demi memberi semangat kepada Hafiz untuk terus bersenam dan cara hidup sihat, saya pun menghadiahkan jam Razer Nabu watch dengan Hafiz.

Actually jam ni adalah edisi terbaharu Razer Nabu dan belum ada dijual di Malaysia (masa jam ni di order la). Baru dikeluarkan pada Januari 2016, dan order saya sampai hanya pada bulan Februari. Bukan apa tapi akibat kena tahan di SIRIM (sebab tak ada dalam rekod SIRIM lagi). Kena denda RM100+ -_- huuuu....

Jam ni ada dua edisi. Satu Standard Edition dan satu lagi Forged Edition. Apa yang best pasal Nabu Razer watch yang ini adalah ia sebenarnya smart watch. Boleh disambungkan dengan telefon pintar anda menggunakan Bluetooth. So semua notification WhatsApp, SMS dan call masuk dalam jam ni. Maknanya masa anda tengah gym atau bersenam, boleh tau la bila ada orang call ke... SMS ke... tanpa perlu tengok telefon.

Selain itu, jam ni ada function for fitness activities. Means anda boleh set berapa banyak step anda bergerak dalam sehari, boleh tengok berapa banyak kalori yang dibakar, stopwatch dan lain-lain lagi. Aplikasi Razer Nabu Watch boleh di download dari Google Play (Android) atau App Store (Apple). Kalau nak tau pasal warranty kena register dulu di website Razer Nabu menggunakan unique serial number jam ini.

Jam ini adalah rechargeable (untuk guna application dalam jam) dan tahan selama seminggu. Harga Razer Nabu watch Standard Edition adalah RM740+ ($149.99) manakala Forged Edition ialah RM1000+ ($199.99).



Nabu Watch



Saya pun ikut sekali jogging. Rasa ringan badan after bersenam

Khamis, 18 Februari 2016

Rest & Travel

Okay. Done for today!

Dah beberapa hari tak update blog. Hajat memang nak update tapi balik rumah dah malam, itu ini semua... dah ngantuk. Lepas tu tidur dan esoknya bangun awal. Travel sana sini lagi. Dah nak dekat seminggu macam ni non-stop. -_-

Bermula dari Isnin lepas kerja terus travel ke Sandakan by road. Sampai Sandakan saja dah jam 12 malam. Esok pagi, pergi meeting then sambung dari tengahari sampai petang pergi lawatan pertanian. Then terus fly ke KK. Esoknya jam 7AM dah gerak ke Keningau. Pun lawatan pertanian juga. Masuk ladang bagai... malam tu balik ke KK. Sampai rumah dah jam 10AM. Hari ni tadi pun bangun awal. Ada lawatan juga then urus itu ini, petang baru masuk office sambung buat kerja. Sampai rumah dah penat tapi sempat juga work out sekejap.

Memang nature kerja gini. Bila fikir balik best juga kerja gini. Travel sana sini. Yalah. Penat tu biasalah. Tapi yang penting pengalaman. Lagi banyak kali kita urus benda macam gini, lagi banyak pengalaman yang kita dapat. Lagi banyak cabaran, lagi kita rasa teruja nak buat kerja. ^^ Ok GTG!

Esok nak bangun awal. Jam 5.15AM dah gerak nak travel lagi.

Ahad, 14 Februari 2016

Tengok Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill Observatory Tower

Kepada yang melancong ke Sabah, salah satu tempat anda harus pergi adalah Signall Hill Observatory Tower. Terletak di Signall Hill, Kota Kinabalu iaitu kawasan bukit di tengah bandaraya. Tiada sebarang bayaran dikenakan jika berkunjung ke menara ini.

Sambil anda menikmati pemandangan dan menghirup udara segar dari hutan sekeliling, anda juga boleh makan dan minum di sebuah restoran yang ada di kawasan observatory tower ini.

Selain itu, antara tempat menarik berdekatan Signall Hill yang anda boleh lawati termasuk masjid yang dahulunya adalah sebuah gereja SIB, restoran Signall Hill EcoFarm serta istana Yang Dipertua Negeri Sabah. Jika anda berkunjung pada hari Ahad, tamu (pasar) Gaya Street adalah tempat yang anda mesti kunjungi.




Pemandangan Bandaraya KK


Sabtu, 13 Februari 2016

Keperluan Kucing Saya yang Meowvellous!

Walaupun kucing saya ni hanyalah.... errr.... 'kucing kampung' tapi dia la yang selalu teman saya kalau Hafiz tak ada kat rumah. Namanya Si Hitam. Title kucing kampung tidak semestinya penjagaan ala kadar. Penjagaan Si Hitam ni adalah tahap royal cat. Tidur dalam aircond, katil lagi empuk,  makan pun makan wetfood. Pendek kata, memang apa yang diminta semua diberikan.
Jom saya share keperluan kucing saya setakat ni.

Wetfood Fussie Cat dan Whiskas. 
Ni adalah makanan kegemaran Si Hitam. Selalunya saya akan beli dua dozen wetfood  untuk bekalan seminggu lebih ke dua minggu. Harga satu tin adalah RM2.90. Jenama yang paling Si Hitam minat adalah Fussie Cat + anchovies. Yang lain pun Si Hitam juga tapi tak lawan yang ada anchovies. Selain itu, saya juga beli wetfood jenama Whiskas berperisa Chicken and Tuna kerana ianya lebih berkuah. Harga sekotak besar ialah RM36.

Selain itu, saya juga akan sentiasa stok pasir untuk tandas Si Hitam. Kali ni saya beli jenama Fussie Cat kerana saya mendapat harga yang murah iaitu RM60 untuk 3 pek. Hanya di JJ Pet Shop, UA. Fussie Cat cat cumpling menawarkan pelbagaj jenis wangian seperti jasmine, rose, powder dan lain-lain.

Oleh kerana Si Hitam ni jenis aktif dan suka keluar rumah, saya gunakan Jusz Spray untuk mandikannya setiap hari. Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat untuk kucing dan membuatkan bulu kucing nampak berkilat. Hanya sembur Jusz Spray di bulu kucing, urutkan buat seketika dan lapkan. Dah siap! Harga sebotol dalam RM30+ dan tahan untuk beberapa bulan.

Wet Tissue untuk kucing. Produk ini boleh didapati di Daiso Japan di 1Borneo atau Suria Sabah dengan harga RM5.30 sahaja. Boleh dilap di bahagian kaki, tangan, mulut, gigi dan xxx kucing. Selagi tak lap, selagi tu Si Hitam tak boleh naik atas katil. Elakkan dari terkena mata kerana dikhuatiri mata kucing menjadi pedih pula. ^^

Oleh kerana Si Hitam tak makan Royal Canin ni... saya bagi makanan ni untuk kucing jiran sebelah yang selalu datang lepak di rumah. Beli punyalah mahal. RM70+ untuk pek 2KG ni. Saya bagi makanan ni untuk kucing jiran tu supaya dia tak kacau wetfood Si Hitam. (Walaupun kengkadang dia sapu juga wetfood tu sebenarnya)

Khamis, 11 Februari 2016

Jagung Manis dalam Tin Ayam Brand

Siapa kat sini suka makan jagung dalam tin? Saya ni peminat setia jagung sebenarnya. Terutama jagung rebus, corn in cup dan jagung dalam tin. Tapi hairan juga, jagung bakar tak pula saya berapa minat. Heh... Macam orang lain pun ada tabiat yang sama juga. Ada yang suka makan telur goreng tapi bila telur campur dalam nasi goreng tak nak makan pula. Ada yang suka makan ayam kari tapi kalau daging kari tak minat. Saya tak minat makan coklat tapi susu perisa coklat suka pula. Heee.... macam-macamlah. Masing-masing punya suka.

By the way, antara brand jagung dalam tin yang terbaik bagi saya ialah Ayam Brand dan Del Monte. Tapi saya lagi suka pilih Ayam Brand kerana harganya lebih murah tetapi kualitinya tetap hebat. RM3.50+ satu tin. Lagipun jenama Ayam Brand ni dah lama berada di pasaran. Lagi satu... warna jagung nya juga keemasan dan bila di makan begitu rangup sekali. >.< Cheewaahh!

Bila makan jagung dalam tin yang ni... tak kisah la tak makan makanan yang lain. Kalau campur dengan susu cair bagi kaw-kaw punya pun sedap juga. Selain itu boleh juga campur dalam ais kacang atau ABC.

Sesiapa yang nak try makan jagung dalam tin, pilih Ayam Brand. 


Selasa, 9 Februari 2016

Pantau Kalori dengan MyFitnessPal

Sekarang dah tak perlu lagi senaraikan jenis makanan dan kalori kerana dah ada aplikasi yang boleh membantu anda menyenaraikan dengan mudah.

Salah satu aplikasi yang terbaik pernah saya try adalah MyFitnessPal. Hanya install sahaja aplikasi ini ke dalam smartphone anda (percuma) dan anda boleh mengetahui jumlah kalori pada makanan anda. Bukan itu sahaja, malah aplikasi ini juga boleh menjadi diary pemakanan dengan merekodkan apa yang anda makan setiap hari. Anda juga boleh set target sama ada nak mengurangkan, maintain dan menambah berat badan dengan aplikasi ini. MyFitnessPal akan membantu menyenaraikan jumlah kalori ideal kepada anda.

Selepas install aplikasi ni, MyFitnessPal akan memohon maklumat dari seperti umur, berat badan dan lain-lain. Boleh juga kalau nak login menggunakan Facebook, mencari rakan-rakan MyFitnessPal dan share sebarang maklumat kepada komuniti.

Jom saya tunjukkan beberapa screenshot MyFitnessPal.

Di samping S Health (Samsung apps), saya juga install MyFitnessPal


Ini jumlah kalori yang saya telah ambil


Isnin, 8 Februari 2016

Lelaki Over Ego & Bajet Bagus?

Perempuam suka lelaki yang bersahaja, yang tak complicated sangat dan yang paling penting, boleh kawal ego. Wujud ke lelaki begini? Tentulah wujud. :-)

Lelaki over ego? HaHaHa! Apa maksudnya over ego ni? Tentulah lelaki yang terlebih ego, yang tak boleh nak kawal keegoan nya tu. Pendek kata, egomaniac. Memang tak berkenan dengan orang sebegini. Sorry to say, membuatkan orang meluat!

Kenapa tiba-tiba cerita pasal lelaki over ego dalam entry kali ni? Tiba-tiba saya teringat seseorang yang... errr... macam mana nak cakap ek. Ish.... memang nak elak berjumpa orang begini ni.
Based on experience terjumpa, terserempak, terkenalan, marilah saya share ciri-ciri yang must have di dalam diri mereka:

1. Susah nak Minta Maaf
Yaaaa.... ini paling ketara. Dah la tak nak minta maaf, lepas tu orang seperti ini berani pula cakap kita ni sepatutnya di ajar baik-baik. Walau terang lagi bersuluh itu bukan kesalahan kita, jangan haraplah si lelaki over ego ni nak berlutut minta maaf kat kita. Disuruhnya kita yang berlutut lagi ada la.


2. Berlagak 
Duit tak seberapa tapi lagaknya lebih. Contohnya.... beli smartphone mahal-mahal lepas tu tayang kat dalam Facebook atau Instagram. Tapi rupanya bayar CCM tiap bulan. Nak beli kereta yang mewah tak padan dengan gaji. Biar papa asal bergaya.


3. Bajet Hot
Of course.... yang over ego ni mesti rasa diri tu bajet hot. Selfie banyak kali mengalahkan perempuan. Bila ada orang minat kat dia, macam-macam alasan diberikan. Nak yang bertudung la, nak yang slim la apa la. Dah tu bujang terlagak sampai ke tua la jawabnya ek.


4. Susah nak Ungkapkan Perasaan
Kalau suka tu cakap sahajalah suka. Ni eksyen tak nak mulakan langkah. Alooo.... biarlah lelaki yang mulakan step. Barulah gentleman. Lepas tu bila dah gaduh dengan girlfriend, boleh pula dia kata si perempuan tu yang terhegeh-hegeh kat dia. Bukan dia yang nak perempuan tu (kononnya).


5. Tak Hormat Orang
Kalau bercakap dengan orang tua kena pada adatnya. Ni orang nak minta tolong sikit, mula nak emosi lebih. Lepas tu maki kat dalam Facebook orang tu itu ini... sangatlah tak beradat.


6. Tak nak Dengar Pandangan Orang
Ni lagi satu sifat yang jelas. Contohnya la kan.... si lelaki ni terasa dirinya gemuk dan nak kurus. Lepas tu kawannya tu pun bagitaulah tips bagaimana nak kurus. Lepas tu yang over ego ni buat muka dan tak nak dengar nasihat. Ntah. Dia rasa dia punya idea yang terbaik kot. Tu yang tak nak dengar nasihat orang lain. Tapi bila dia nakkan sesuatu dari orang, pandai pula buat muka manis.


7. Bajet Penting
Dia rasa dialah orang yang orang yang paling penting di dalam dunia ni sehingga dia jadi demanding dan bossy dalam sesuatu hal. (Ada beza orang penting dan bajet penting).


Itulah sedikit sebanyak watak lelaki over ego dan bajet bagus. Walaubagaimanapun, kita tak boleh judge orang sesuka hati. Setiap manusia ada kebaikan dalam dirinya. Manusia ada hati dan perasaan. ^^

P/S - Satu orang kata tak apa... kalau tiga empat orang kata benda yang sama... haaa.... itu ada masalah la tu.

Resepi Sup Ayam Herba dan Sayur

Favorite makanan orang Sabah semestinya sup. Makan di kedai pun siap dihidangkan sup kosong sekali.

Cerita pasal makanan, saya lebih suka makan di rumah kerana kualiti makanan lebih terjamin, boleh ikut citarasa sendiri dan lebih menjimatkan. Kali ni saya nak share resepi sup ayam yang dicampur sayur dan herba.

Bahan-bahan:
  • Bahagian ayam yang telah dipotong-potong
  • Sayur (saya cadangkan sayur timun Jepun, kubis atau bayam hijau)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Beberapa titik cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah herba Ba Bao (ada lapan jenis kesemuanya dan dijual dalam satu pek)
  • Secukup rasa (optional)

Cara-caranya:
  • Masukkan ayam, bawang putih beserta rempah herba di dalam kuali. Kemudian isikan air.
  • Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula, lada putih dan secukup rasa. Kemudian reneh ayam dan biarkan mendidih.
  • Setelah ayam masak, masukkan sayuran dan biarkan seketika.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Ini adalah sup ayam herba yang dicampur dengan sayur timun jepun.

Ni pula sup ayam herba yang dicampur bayam hijau. Boleh juga letakkan belimbing pucung untuk lebih perisa. Selain itu anda juga boleh gantikan belimbing tu dengan tomato atau kentang.

Aktiviti Masa Cuti

Memandangkan cuti straight empat hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa).... ada banyak masa di rumah. Walaupun begitu, di rumah bukanlah totally rehat begitu sahaja. Maksudnya kerja rumah tetap kena buat. 

Seronok dapat duduk di rumah. Nak jalan pun... mesti traffic jam semua tu. Lagipun mesti ramai orang di shopping complex. Baik di rumah la kalau gitu.

Semenjak cuti, saya ada banyak masa untuk aktiviti mengeluarkan peluh. Akhirnya terlalu bermacam perkara yang dibuat, sakit tulang la jawabnya. Rasa macam nak pergi massage belakang badan tapi paling la saya tak berapa berkenan kalau urut badan ni. Bukan apa. Nak kena buka baju semua lagi. -_- 

Okaylah. Petang ni cuaca cerah. Walau ada berangin dan awan gelap sebentar, tapi tak hujan. Alhamdulillah. Jadi saya mulakan operasi memindahkan tanaman dari dalam pasu yang dah tak berapa sihat tu. Bukan di rumah tapi di tempat kerja.

Sebenarnya jabatan kami adakan aktiviti tanaman bandar. Yalah.... mula-mula sahaja rasa best. Tabur biji benih sana sini. Lepas tu dah malas nak maintain. Sedih ooo tengok ada tanaman yang tak jadi. Oleh itu saya ambil inisiatif untuk memindahkan tanaman ni ke tanah. 

Ada beberapa pasu yang pada mulanya tak tumbuh apa-apa. Jadi saya ganti tanam kacang buncis dan labu kuning. Semua tu tak terkecuali untuk dipindahkan.

Sebenarnya tak habis lagi memindah anak pokok ni. Ada beberapa lagi yang masih dalam pasu. Yalah. Hari pun dah gelap (dah masuk Maghrib). Kena stop dulu buat kerja.

Harap tanaman tu semua tumbuh dengan gembira. ^^♡

Seluar ni baru cuci dah kotor balik daaa...

Ni kacang buncis. Ntah jadi ke tak. Ingat nak biar buncis tu melilit di pokok sahaja. Tak buat pancang.

Ini labu kuning. Paling cepat melarat dan tak perlu penjagaan yang teliti.

Ni kacang bendi. Alahai... kesian tengok sebab dah nak mati. Harap menjadi kerana biji benih ni jenis yang baik.

Alasan Kenapa Saya Tak Dapat Tidur

Jam 0106AM.... dan masih tidak dapat tidur.... -_- Haiyaaa.... apa masalah sebenarnya yang membuatkan saya tak dapat tidur malam ni???!!!

1. Tidur Tengahari
Inilah aktiviti yang.... kalau boleh saya akan elak. Kecuali kalau terasa penat betul. Oleh kerana terlebih cas, akan membuatkan kita tak boleh tidur waktu malam. Tadi siang tertidur sebab kepenatan + suddenly tak ada elektrik. Hujan lagi. Jadi sedap la tidur. -_- Tak lama pun actually. 1 jam 30 minit sahaja terlelap.


2. Ulser dalam Mulut
Kesakitan ulser dalam mulut yang sedang berdenyut-denyut ni juga antara masalah yang membuatkan saya tak dapat tidur malam ni. -_- Kadang-kadang dalam sebulan tu memang akan diserang ulser (PMS). Orang berubah mood jadi pemarah.... saya pula datang ulser dalam mulut. >.<


3. Bunyi Mercun dan Bunga Api
Memandangkan hari ini adalah Chinese New Year, jiran-jiran yang merayakan perayaan ini pun bakarlah bunga api tepat pada jam 12AM. Best jugalah tengok percikan bunga api. Then masa baring tu terbayang bunyi tukar kepada bunyi bom... T.T Saya bersyukur Malaysia masih kekal harmoni.


4. Kucing Tak Reti Tidur
Si Hitam ni suka tidur atas katil (royal cat). Tengah malam memang dia akan terbangun dan suka bangunkan orang juga (datang dekat telinga dan mengiaw). Biasa saya keluarkan terus. Tapi memandangkan tadi bunyi mercun dan kucing ni ketakutan, saya bawa masuk balik. Sekarang dah malas nak keluarkan. Masalahnya Si Hitam ni tak nak tidur. Asyik berhias dan berpindah posisi.


5. Otak Tengah 'Berkata-Kata'
Ni la yang tak bestnya kalau tak dapat tidur. Banyak benda bermain di otak. Antara topik yang saya fikirkan termasuk bila nak tanam biji labu kuning tu? Esok pagi nak masak apa? Nak ke mana masa cuti ni, nak basuh kain dan iron baju, meeting 11hb ni... dan lain-lain. -_-


6. Balik-balik Pergi Tandas
Akibat terlalu banyak minum air + malam tadi minum sup sayur dan ayam... lepas tu tak dapat tidur punya pasal jadi bantai minum air, alamatnya balik-balik la ke tandas.


7. Sakit Badan
Hari ni belakang badan saya sakit sebab rutin senaman lain sedikit berbanding biasa (sebelum ni dah ada sakit sikit tapi tak peduli).  Memang bestlah keluar peluh tapi badan rasa berdenyut ni pun best juga.


8. Kejap Rasa Panas, Kejap Sejuk
Bila tak pakai selimut, rasa sejuk. Bila pakai selimut, panas la pula. Lastly sebelah kaki keluar dari selimut. -_-

9. Bersin + Hidung Berair
Dah makan Clarinase tapi masih hidung rasa tak selesa. Walaupun tak tersumbat tapi berair. Arrgghhh!

10. Internet
Ni la yang paling best. Asyik surfing Internet, mata tak nak tutuplah jawabnya. Sebab tu la menyempat lagi tulis blog.


Okay. Nak try lelapkan mata. Kosongkan minda 

Ahad, 7 Februari 2016

Repair Inai Kuku dengan Mudah

Untuk mengekalkan merah inai di kuku, sekali sekala kena repair juga bila warnanya semakin menghilang.

Kalau dulu punyalah susah nak buat inai. Kena petik daun inai dulu, then kena tumbuk lagi sampai lumat. Lepas tu barulah letak di tangan. Nak letak di kuku sahaja pun susah.

Sekarang dah ada instant inai yang dijual. Bukan sahaja mudah untuk digunakan, juga cepat meresap di kuku. 

Okaylah. Jom saya tunjukkan cara repair inai versi saya.

-
-
-
-
-
-

P/S - Sorry la kalau kaki saya kurang cantik. Hehehe.... fokus kuku sahaja.
1. Di atas tu gambar sebelum inai kena repair.
2. Saya memilih inai jenama Rani Mekah. (Dad beli dari Mekah masa pergi umrah hari tu)
3. Jika ada tercomot sewaktu menginai, boleh bersihkan guna bucu inai sahaja.

1. Biarkan inai selama 10 - 15 minit.
2. Inilah rupa selepas inai kena repair. Taaadaa!

1. Untuk menyerlahkan lagi inai + mengilatkan kuku + menguatkan kuku, boleh guna cuticle oil (kilat tidak permanent)
2. Dan inilah hasil kuku saya yang terakhir :-)

Resepi Sotong Panggang Madu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong putih yang dipotong-potong. 
  • Garam secukupnya
  • Kunyit secukupnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak zaitun
  • 1/2 biji lemon
  • Serbuk daun peppermint (optional)
  • 2 sudu makan madu

Cara-caranya:
  • Gaulkan sotong bersama garam, kunyit, sos tiram dan air perahan lemon.
  • Perapkan selama setengah jam.
  • Panaskan kuali (non stick). 
  • Tuangkan sedikit minyak zaitun dan masukkan sotong yang telah diperap.
  • Panggang sotong sehingga masak.
  • Hidangkan dan curah sedikit madu serta perahkan air lemon di atasnya.
  • Taburkan sedikit serbuk peppermint untuk rasa lebih fresh.

Sabtu, 6 Februari 2016

Fruit & Veg Wash untuk Sayur Menjadi Lebih Segar

Pastikan sayur dan buah-buahan yang anda makan bebas dari sebarang kotoran. Untuk tingkatkan kebersihan, saya cadangkan penggunaan Fruit & Veg Wash. Produk ini berasal dari Australia dan telah diedarkan oleh syarikat tempatan. 

Produk ini boleh diperolehi di Tong Hing Supermarket, Kota Kinabalu dengan harga RM15+. Saya suka menggunakan Fruit & Veg Wash ketika hendak memasak sayur atau makan buah-buahan. Bukan apa.... sekarang bermacam-macam jenis penyakit dah wujud. Just concern sahaja. Lebih baik jika dapat elak dari sebarang penyakit. Kan? ^^

Produk ini selamat digunakan, bebas daripada sebarang toksik dan certified green. Mungkin ada banyak lagi jenama lain di luar sana, walau bagaiamanapun saya pilih jenama Fruit & Veg Wash.

Okay. Ni adalah produk Fruit & Veg Wash. Sebotol ni boleh tahan beberapa bulan. Tengoklah kalau yang jarang masak + tak ramai orang di rumah macam saya ni, alahai.... rasanya nak beberapa bulan saya guna benda alah ni.

Made in Australia

Nak masak sayur bayam

Hanya spray sedikit sahaja

Cuci sayuran tersebut dan ini hasilnya selepas dicuci.

Jumaat, 5 Februari 2016

Resepi Bok Choy Sos Tiram Mudah

Nak resepi yang menyihatkan? Boleh try Bok Choy masak Sos Tiram yang paling simple ni.

Bahan-bahan:
  • 1 pek Bok Choy yang telah dibelah dua
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan air
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan sos cendawan (optional)
  • Sedikit Secukup rasa (optional)

Cara-caranya:
  • Didihkan air di dalam periuk untuk mencelur Bok Choy
  • Apabila telah mendidih, celurkan sayur dalam 10 saat. Kemudian angkat dan susunkan di atas pinggan.
  • Untuk penyediaan kuah, mula-mula tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan sos tiram, sos cendawan dan air.
  • Masukkan gula pasir dan secukup rasa. Kalau nak tambah sedikit garam pun boleh tapi memandangkan sos tiram dah masin, tak perlu pun tak apa.
  • Biarkan sedikit pekat dan tutupkan api.
  • Tuang kuah di atas Bok Choy. Sedap dimakan ketika masih panas.

Khamis, 4 Februari 2016

Gubahan Bunga dari Kim Floral Design ♧

Thank you to Kim Floral Design kerana telah menggubah bunga dengan begitu cantik sekali. Thank you so much! Kedai bunga ini adalah kedai pilihan saya kerana gubahannya yang begitu cantik dan harganya juga murah berbanding yang lain. ♡

Kedai bunga ini terletak di Ground Floor Centre Point, Kota Kinabalu dan untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Kim Floral Design. Termasuk yang ini, dah beberapa kali saya order bunga dari kedai yang sama. Hasilnya tak pernah mengecewakan.

Harga gubahan adalah mengikut saiz, jenis dan kuantiti bunga. Untuk gambar seperti dibawah ni.... harga adalah RM150 + penghantaran sebanyak RM10 untuk setiap bunga. 

Anda boleh membeli bunga dengan hanya mendail nombor yanh tertera seperti dalam website. Selepas itu masukkan duit ke dalam nombor akaun Kim Floral Design dan bunga sedia untuk dihantar seperti tarikh yang dikehendaki.

Saya lebih suka jika bunga tersebut dihantar ke pejabat saya terlebih dahulu, selepas itu barulah saya deliver kepada orang yang saya nak berikan. Actually bunga ni not from me. Of course la from my boss. Saya hanya orang pengantara sahaja. Since my boss berada di KL, saya yang akan menjalankan tugas. Hih.

Lepas ni nak minta Hafiz deliver bunga lagi untuk saya? ^^ HoHoHo....

Flower arrangement for Chinese New Year. RM150 + RM10 untuk penghantaran.

Same arrangement, different orchid color

For Datuk Yap

For Mr. Lee

Ini website Kim Floral Design

P/S - Bunga matahari yang masih muda habis patah sebab kucing saya suka sangat bermain di tepi tanaman. Di sebelahnya pokok pine habis dikorek lubang. Lepas tu masuk dalam lubang tu duduk berehat. -_-