Jumaat, 8 Januari 2016

Waiting for Bubu...

Kucing ni bukanlah kepunyaan saya. (Kucing jiran). Tapi Bubu tak akan miss untuk singgah ke rumah setiap hari. Tak kira siang, malam atau tengah malam. Tapi yang paling ketara adalah sewaktu kami nak pergi kerja atau pulang dari kerja. Dia nampak sahaja saya buka pagar, terus dia datang jenguk. 

Sebenarnya Bubu ni bestfriend dengan Si Hitam. Makan sama-sama, main sama-sama dan lepak pun sama-sama juga. Kalau dah berjumpa, confirm riuh rumah. Melompat di sofa, naik turun tangga, lari sana sini. Tak pandai duduk diam. Bubu ni memang kucing yang sangat aktif. Suka bermain. Saya start berkenalan dengan Bubu masa dia kecil lagi. Lepas tu datang Si Hitam jadi kawan dengan Bubu.

Macam mana nama dia boleh jadi Bubu? Actually nama original adalah Si Labu. Sebab warnanya adalah warna kelabu, jadi saya terus panggil dia Labu. Comel juga nama tu kan? Macam buah labu. Bubu tu a.k.a nama manja Si Labu.

Suatu hari after saya balik dari China, Bubu dah start macam tak berapa nak main lagi. Makan pun tak berapa sangat. Tapi still singgah ke rumah untuk melepak. Then beberapa ketika saya tak nampak kelibat Bubu. Mungkin juga sibuk dan kerja outstation. Suddenly saya terkejut sebab kucing ni dah berubah jadi sangat kurus, dan selsema (berhingus). Huuuu.... punyalah sedih masa tu. 

Pada pendapat saya mungkin kucing ni sakit seperti kucing saya dulu, the late RR. Dan kalau betul sakit Bubu sama seperti RR, saya tak tau sama ada saya boleh lalui benda yang sama lagi. Sebab RR lama sakit, dan pergi secara perlahan-lahan.. sob.. sob... ;'-(. Saya dah buat yang terbaik tapi Allah lebih sayangkan dia. Wuuu..... 

Saya juga buat yang termampu untuk Bubu. Walaupun dia dah kurus sangat, tapi still akan datang jenguk ke rumah. Masa tu la saya amik peluang untuk bagi ubat kepada Bubu yang saya beli dari klinik veterinar. Saya juga akan suapkan makanan (gravy food) untuk Bubu kerana dia tak ada selera makan. Walaupun nampak terseksa bila suapkan makanan tu, saya kena buat juga atau Bubu akan kelaparan. 

Setiap hari saya buat benda yang sama. Pagi sebelum pergi kerja, petang selepas pulang dari kerja dan pada waktu malam. Ada juga beberapa kali yang saya tak nampak Bubu langsung tapi saya tak putus harapan. Saya yakin Bubu masih ada. Ya! Memang masih ada. Saya pernah bawa Bubu ke klinik veterinar dan ubat yang diberikan hanyalah antibiotik dan vitamin, sama seperti ubat yang saya berikan. Badan Bubu sejuk. Mungkin sebab dia dah kurus sangat. Saya peluk Bubu dengan harapan boleh hangatkan badan dia. Walaupun badan dia dah kurus sekurusnya, dia masih ada tenaga nak cakar cat tree tempat dia selalu bermain dan naik ke sofa untuk baring. 

Anak mata Bubu besar, telinga dan paws nya pun sejuk. Hidung Bubu pucat. Dan tanda-tanda ini adalah tanda yang paling membuatkan saya risau. Sedih bila Bubu tengok saya dalam keadaan yang macam tu. 

Masa tu jam 2 pagi kalau tak salah saya. Saya terbangun sebab Si Hitam mengiaw nak keluar dari bilik (tanda nak pergi shi shi a.k.a membuang). Terus saya buka pintu depan, ada Bubu tercegat di pintu. Seperti biasa saya akan suapkan gravy food, ubat dan glukos. Saya rasa masa tu la masa yang paling panjang saya bersama Bubu. Sedih tau. Dan sebelum saya keluarkan Bubu balik, saya sempat cium kepala Bubu. 

Awal paginya saya dah nak pergi ke tempat kerja. Saya sempat suapkan sedikit makanan kepada Bubu. Bila dia dah rasa saya nak jalan ke pejabat, dia terus jalan balik ke rumahnya. Jalannya terhuyung-hayang sedikit. Tapi masih bersemangat untuk berjalan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Saya menunggu Bubu lagi tapi dia tak kunjung tiba. Rasanya itulah kali terakhir saya berjumpa Bubu. 

Bubu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!