Isnin, 18 Januari 2016

Review : Victoria's Secret Pink Body Mist

Sekarang pergi ke pejabat tak perlu dah guna perfume lagi. Guna body mist dah cukup. 

Memandangkan kulit saya dah tak boleh terkena perfume (Alahan. Kulit jadi gatal dan ruam), saya dah jarang guna perfume. Kalau guna pun, hanya sembur di baju atau tudung sahaja. (Pastikan semburan ringan agar cecair perfume tak tergumpal dan mengakibatkan terkena di kulit). 

Dalam dilema jugalah sebab perfume beli berbotol-botol! Arrgghhh...! Sayang jarang guna. 

Hari tu birthday Nora. Jadi masuk dalam kedai Victoria's Secret di KLIA1. Pergi cari makeup kit. Terus belikan body mist. Buy 1 free 1. Yang satu saya songlap :-b Ngehehehehehe....

Harum bau body mist ni. Yang ada dengan saya sekarang adalah bau blackcurrent + bunga peony. Spray kat kulit pun tak meninggalkan kesan gatal. Good for me la. Boleh pakai ke pejabat setiap hari. Lagipun wangiannya tak terlalu kuat. 

Selain itu, botolnya yang slender menyenangkan saya masuk body mist ni dalam beg untuk dibawa travel. Pendek kata, I use Victoria's Secret body mist ke mana sahaja. Pejabat, keluar jalan, outstation etc. 

Affordable dan boleh didapati di seluruh cawangan VS. 

My favorite body mist

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!