Rabu, 13 Januari 2016

Tips Rasa Seronok Ketika Bersiar-Siar

Kalau rasa terlalu lama terperuk di dalam office... lebih baik amik angin dulu di sekitar kampus. Di samping program Kuruskan Badan K2JC yang sedang berlangsung, selain itu boleh juga bersiar-siar melihat keindahan UMS. :-)

Tak perlu tukar baju kepada baju sukan lagi. Cukup dengan pakaian yang sedia ada. Hanya gantikan kasut kepada yang lebih selesa sahaja... contohnya selipar. 

Jom saya kongsikan tips bersiar-siar yang terbaik untuk menghilangkan stress.

  1. Bersiar-siar di kawasan hijau atau di tepi pantai.
  2. Berjalanlah di waktu petang atau senja kerana bukan sahaja keadaan akan lebih berangin, tidak terlalu panas dan dapat melihat matahari tenggelam.
  3. Bersiar-siar dengan teman supaya lebih seronok dan rasa lebih selamat. 
  4. Elakkam bercerita mengenai hal-hal yang berat dan membuatkan anda stress. Bersembanglah tentang sesuatu yang santai dan menggembirakan.
  5. Jangan biarkan handphone menganggu sesi anda.
  6. Buatlah aktiviti lain ketika bersiar-siar. Contohnya mencari siput di tepian pantai atau duduk lepak sebentar melihat keindahan alam.
  7. Berikan ruang kepada minda anda untuk berehat semasa bersiar-siar. Contohnya duduk melihat kehijauan kampus atau senja yang cantik.
  8. Tidak salah untuk membawa minuman sambil bersiar. } Green Tea, Lemon Tea dan lain-lain
Me and my colleauge, Khai. Kami sedang mencari siput ♡_♡

Inilah keadaan pantai ODEC ketika matahari tenggelam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!