Jumaat, 15 Januari 2016

The Authentic Ikan Bakar : Pasar Sim Sim

Dah pernah cerita mengenai Pasar Sim Sim pada entry yang lepas. Ni nak ceta lagi sekali. Baru-baru ni outstation di Sandakan dengan Prof dan dua orang lagi office mates saya. Kali ni rombongan meriah sikit sebab ramai orang ikut. Bukan apa... nak bagi complimentary untuk staff. Yalah. Mereka kerja kuat, tapi jarang dapat outstation. Apa salahnya berikan 'hadiah' kepada mereka yang banyak menolong kita ini. Some of them langsung tak pernah keluar dari KK walaupun dah lama bekerja! 

Okay. Nak fokus cerita Sim Sim. Kalau pergi Sandakan, cuba ke Pasar Sim Sim. Inilah kedai yang paling famos antara semua kerana disinilah segala-galanya bermula. Ada beberapa gerai yang menjual ikan panggang segala. Pilih yang mana satu nak.

Ikan panggang ni sedap di makan bersama nasi dan beberapa sayuran. Selain itu, specialnya ikan panggang di sini kerana penggerai mempunyai bumbu istimewa yang diletakkan di atas ikan yang telah dipanggang. Ada bermacam pilihan. Ikan ayam-ayam, ikan putih, ikan belais, sotong, udang... fuh! Must try! 

Tadi makan kat sini ada 10 orang semuanya. Order bukan main banyak. Dengan ikannya, sayuran dan extra order air kelapa. Jumlah cas yang dikenakan hanyalah RM164 sahaja. Jauh murah berbanding makan di KK, hadeiii... tak boleh dapat harga begini.   

Untuk makluman juga tempat ni banyak kucing dan banyak yang lawa tau. Kalaulah rumah saya dekat, dah lama saya songlap satu. Kekucing tu pun gembira tinggal di Pasar Sim Sim sebab banyak sumber makanan.

Ni la Sim Sim paling terkenal untuk tempat makan ikan panggang





Banyak kucing!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!