Sabtu, 2 Januari 2016

Tak Dapat Tidur -_-

Mungkin terlalu lama sangat main game kot. Lepas tu tengok lagi dokumentari... errr.... Zombie di Texas selepas terjadinya Civil War? Masih terngiang-ngiang di dalam fikiran. Boleh percaya atau tidak? 

Texas Civil War. Source

Then sambung lagi tengok movie, Kingsman : The Secret Service. Best dengar British accent + gaya lelaki budiman. Phew! Membuatkan saya rasa menarik nak belajar loghat ni. (Ada hati). Long story short.... banyak menghadap TV menjadikan saya tidak mengantuk.


So... yeah. Harapnya tahun 2016 ni lebih menarik untuk dilalui. In Shaa Allah bulan Mac ni akan ke luar negara lagi tapi tempat kena rahsiakan dulu la. Kang tak jadi pergi, buat malu saja. Itinerary pun dah plan cantik-cantik. Tinggal nak kumpul duit belanja ke sana sahaja lagi. Jangan lupa praktis bahasa asing untuk memudahkan perjalanan. ^^

Selain itu, memandangkan tahun demi tahun harga barang makin naik, semua pun makin naik dengan cepat kecuali gaji... teringin nak buat bisnes. Memang side business tu dah ada juga tapi nak try different project. Jadi untuk menghangatkan suasana, dah brain storming dengan office mate sebeleah tentang potential business. (Cheeyy!)


Ya. Saya berminat juga dengan bisnes ni sebenarnya. Bukan yang too serious. Tapi just untuk part-time. Contohnya di office dah ada buka small kiosk. Serve untuk komuniti setempat. Apa yang perlu dibuat, beli barang kalau habis stok. Susun barang dan kira untung. Hye! Tentulah kiosk ini adalah kepunyaan kelab office (saya hanya individu yang menjalankan amanah).

Cakap pasal office, teringat kes curi di dalam pejabat. Dinasihatkan agar menjaga keselamatan barangan di pejabat anda. Kunci pintu apabila dah nak balik dan jangan simpan barangan berharga di dalam pejabat. Actually I am very dissapointed dengan kes yang berlaku di dalam office baru-baru ni. Lets see.... pensel di kaunter pun hilang (dari enam pergi tiga). Gel perfume pun hilang. Tak cukup dengan itu... air freshener pun hilang. Yang membuatkan saya sangat geram, itu adalah harta peribadi saya yang dibuat untuk keselesaan pejabat. Why... oh why? Kenapa la ada manusia yang busuk punya hati. Sanggup mencuri. Apa la sangat pensel harga berapa sen. Minyak wangi Glade yang harga tak sampai RM10 tu pun nak di songlap juga (marah ni). Yang lagi tak best, body mist Victoria's Secret saya pun hilang juga. Ni dah lama hilang. Ntah siapa la yang pergi amik. Betul-betul buruk perangai!

Okaylah. Seriously tahun baharu ni sebenarnya saya tak rasa apa. Maksud saya, tiada keterujaan. -_-

Malas nak fikir.






Dah jam 1AM.... okay  nak zzzz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!