Jumaat, 1 Januari 2016

Tahun Baharu 2016 : Main Game!!

Selamat Tahun Baharu 2016! Dan selamat bercuti!

Di hari yang sungguh indah ini, saya tak ke mana. Baik duduk diam di rumah, basuh kain, masak untuk makan tengahari, bersihkan rumah, siram bunga dan bla bla bla. Tak ada feeling nak jalan sebenarnya. Dan oleh kerana saya ada beli game baharu dari online dengan harga yang jauh lebih murah + penghantaran yang cepat (check out Lazada).... lebih baik saya duduk main game sambil rehat-rehat.

Sebenarnya saya ni gila game juga.  Game yang saya baru beli ni adalah Lego the Hobbits (based on story The Hobbits). Hari tu cari punya cari di kedai, memang hampeh sebab semua habis stok. Lastly jumpa game Lego Marvel Super Heroes sahaja. So beli la dengan harga RM179 after diskaun. Urgghh! By the way, kalau beli di online boleh dapat harga lebih murah. Lego the Hobbits ni saya beli dengan harga RM104 termasuk GST dan penghantaran. Versi R1 (US version). Jadi okaylah. Memandangkan saya memang minat cerita The Hobbits, puas hati dapat main game ni.


Game Lego the Hobbits 
-
-
-
-
-
-
Ini Lego Marvel Super Heroes. Pun best juga
-
-
-
-
-
-
-
Next project. My wishlist.
Middle-Earth Shadow of Mordor. Ni kira The Hobbits a.k.a LOTR versi yang serius punya. 
Tak macam Lego yang comel

Ini pun yang ditunggu-tunggu since 2008 masa zaman PSP tengah hot. Adoi... bila tengok PS4 special edition GOW tu, macam jealous pula! Arggh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!