Khamis, 14 Januari 2016

Review : St. Ives Daily Hydrating Lotion

Antara my all time favorite brand adalah St. Ives. Bermula dari sabun mandi sehingga ke losyen, semuanya tak pernah mengecewakan. Sejak dulu dah menggunakan brand ini dan kini nak promote kepada anda pula. 

Sekarang packaging St. Ives dah baharu dan lebih cantik. Tapi kualiti produk ini tetap sama. Memandangkan losyen saya dah habis (sebelum ini saya menggunakan losyen Eucerin. Ni pun bagus juga. Fragrance free)... ingat nak try product lain pula. Dan saya memilih St. Ives. 

Lepas sapukan losyen ni, kulit rasa lebih lembut. Lagipun losyen ni tak rasa berminyak selepas dikenakan di kulit. Losyen ni juga mempunyai wangian yang soft ^^ ♡ Dan yang penting, kulit sentiasa lembap. 

Harga losyen ini berpatutan dan mampu milik. Boleh didapati di mana-mana kedai seperti Watsons dan Guardian. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan losyen ini setiap hari pada waktu siang dan malam selepas mandi. Guna sedikit sahaja dah memadai. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!