Isnin, 11 Januari 2016

Spotted Green Puffer : My Ikan Buntal

Dengan sukacitanya saya menerima hadiah berupa dua ekor ikan buntal ini daripada Prof :-) Terima kasih!!!

Nama ikan ini adalah Spotted Green Puffer, Midori Fugu dalam Bahasa Jepun atau saintifiknya Tetraodon nigroviridis, banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia. Ikan ini adalah spesies ikan air tawar dan popular dijadikan ikan hiasan di rumah. 

Kebetulan outstation ke Keningau. Dalam perjalanan tu ada orang jual ikan di tepi jalan. Bermacam-macam jenis ikan. Belut dan ikan karuk (Orang Semenanjung panggil ikan puyu) pun ada. HeHeHe. Tengah seronok tengok semua ikan tu... Prof pergi beli batu ikan untuk akuarium di rumah dia. Terus Prof belikan saya ikan juga. Dalam hati saya... "mesti Hafiz membebel lagi ni". Dan memang ada bebel juga sikit la. Yalah. Dah ada kucing... ada ikan lagi. Apa boleh buat, dah saya minat ngan binatang. Sorry Hafiz.

Ikan ni memang tahan lasak. Bayangkan. Naik kereta four wheel drive (off-road), lepas tu jalan belok sana sini... air ikan tumpah- menumpah. Dah dua tiga kali isi air ikan (guna air paip sahaja!). Pun masih steady lagi.

Jadi inilah rupa ikan saya. Tak terfikir nak letak nama apa lagi. Tak payah nama pun okay kot.


Yang paling excited dalam rumah adalah Si Hitam. Ikan diletakkan atas meja, terus dia pun ikut naik meja sekali. Menganggu ketenteraman ikan.

Inilah keadaan ikan pada mulanya. 
Atas - Ikan saya
Bawah - Ikan Prof

Kelmarin pergi beli kelengkapan ikan. Ntah. Macam berlawan ikan pun ada. Hahaha.
Atas - Ikan Prof : Total RM1300 termasuk akuarium, filter, lampu, decoration. tambahan ikan lain, gas karbon dioksida untuk tumbuhan
Bawah - Ikan saya : Total RM170+ sahaja termasuk akuarium, oksigen, filter, decoration, makanan ikan, lampu dan anti klorin. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Me and my friend, Zetty. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!