Sabtu, 9 Januari 2016

Sebab Kenapa Game Ni Menang Anugerah

Oleh kerana semua game di rumah saya dah boring nak main... rasa macam nak beli game baru lagi. Tapi tak tau nak beli game apa. The Sims 4 pun tak keluar lagi dalam PS4. Punyalah boring! Nak beli Shadow of Mordor, harga diskaun tak memberangsangkan. Jadi saya tak beli dulu.

Teringin nak main Final Fantasy. Cam cute saja hero dan heroinnya. Tapi ntahlah, fikir dua kali nak main atau tak. Macam rumit saja game tu (based on walkthrough tengok dalam YouTube). Next time la. HeHe. 

Gatal tangan tengok dalam online nak beli game apa. Lepas tu ada jual game PS4 murah. RM83 sahaja after diskaun (kalau beli di kedai, game PS4 boleh mencecah harga RM200+. PS4 tak ada jual yang pirate). Game tu tajuknya Brothers : Tales of Two Sons. Dengan suka hatinya saya pun beli la game tu. 

Based on YouTube, nampak best juga game ni. Sampai rumah dah siap mandi, bagi makan kucing... kemas rumah semua... test nak main game pula. Rupanya kena kawal dua orang adik beradik ni menggunakan joystick (L1, L2, L3 untuk elder brother... R1, R2, R3 untuk younger brother. Button tak guna langsung). 

Mula-mula tu macam bingung juga main. Tapi lama-lama joystick dah boleh handle. Lagi satu kena gunakan sense kalau main game ni. Bagi saya... errr... kurang mencabar kerana tak ada action nya. Jadi saya fikir... macam mana game ni boleh menang Bafta Award? Tengok Metacritic 4.5/5, Steam 10/10 dan IGN 8.2/10. Kira tinggi tu.

Jadi saya pun tengok la review orang pasal game ni. Rata-rata kata game ni best. Ooh! Rupanya jalan ceritanya yang best. Start dari ibu mereka yang meninggal dunia, kedua adik-beradik ni bersama-sama mengharungi cabaran untuk cari ubat untuk ayah mereka sehinggalah elder brother meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Younger brother perlu mengharungi cabaran seorang diri. Dan secara automatiknya joystick controller sebelah kiri tak digunakan lagi. Memang creative. 

Errrr.... belum habis main game ni lagi. Selepas apa yang saya baca review, macam seram pun ada sebab ada scene hanging person, woman spider, mutilated giant etc. -_- 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!