Rabu, 27 Januari 2016

Sambil Bersiar-Siar...

Kelmarin saya berjaya ajak Hafiz turun dari Dewan Canselor ke ODEC.... then patah balik. Tapi kena suruh Hafiz jalan laju sikit kalau nak peluh keluar lebih banyak. Alhamdulillah... memang berjaya. Habis basah baju akibat peluh. Saya pula yang kurang berpeluh (adakah saya sakit? O_o)

Sambil power walking, sambil bersantai tengok pemandangan yang ditunggu-tunggu... sunset. Kelmarin view begitu cantik. Ramai pelancong amik gambar sunset. Saya pun amik kesempatan untuk amik beberapa keping juga. 

Baru-baru ni saya aktif mengeluarkan peluh selepas wakyu bekerja. Bila sampai rumah, balik mandi then tidur.... sangatlah selesa. Esok pagi bangun, segar betul rasanya. Tengok cermin... senyum saja. Ada meeting pagi petang pun tak apa. Mood boleh sentiasa bagus (jika bersenam).

Actually saya suka tengok pemandangan sunset. Hari-hari turun tengok pun tak apa. Siapa yang tak suka sunset? Selagi Bumi berputar, tataplah sunset yang begitu indah dan fikirkanlah yang indah-indah sahaja. Buangkan segala fikiran negatif jauh ke dalam laut. :-)

Kita pasti akan rindukan pemandangan sebegini suatu hari nanti.

Blue sky

Ini adalah ODEC UMS. Saya suka gambar ini.

XD Hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!