Ahad, 17 Januari 2016

Resepi Udang Masak Sos Paling Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak share resepi udang masak sos yang paling simple dan tak guna banyak bahan.

Bahan-bahan
  • Udang yang dah dibersihkan
  • Sos cili
  • Air
  • Sebiji bawang besar yang dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih yang potong
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir / madu
  • Minyak untuk menumis bawang
  • Secukup rasa (optional)
  • Sebiji tomato yang dipotong empat (optional)


Cara-caranya

  • Tumiskan bawang dengan minyak. Minyak kalau boleh letak sikit sahaja. Lebih baik kalau guna kuali non-stick.
  • Setelah naik bau, masukkan sos dan mix dengan sedikit air agar sos tak terlalu pekat.
  • Masukkan secukup rasa, gula atau madu dan garam.
  • Masukkan udang dan tunggu sehingga udang kemerahan.
  • Kalau nak tambah perisa, masukkan tomato.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Oleh kerana sos cili segera saya begitu banyak.... lebih baik guna yang ni daripada membazir begitu sahaja.

Taaadaa.... enak dimakan bersama nasi putih

1 ulasan:

Terima kasih!