Khamis, 21 Januari 2016

Resepi Kacang Buncis Goreng Udang Paling Senang

Nah! Kepada yang suka makan sayur kacang buncis + udang, boleh try resepi yang paling ringkas ni.

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang segar yang belum dibuang kulit
  • Sayur kacang buncis yang dipotong-potong
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sos vegeterian atau sos tiram
  • Secukup rasa (optional)
  • Sesudu teh minyak masak

Cara-cara:
  • Tumiskan bawang dengan minyak yang amat sedikit (guna kuali non stick)
  • Apabila bawang dah nampak kuning, masukkan udang. Tunggu sehingga udang kemerahan.
  • Masukkan sayur kacang buncis.
  • Masukkan sos vegeterian. (Tak perlu banyak)
  • Taburkan garam + gula pasir 
  • Taburkan secukup rasa 
  • Apabila sayur nampak layu, tutupkan api.

Siap dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!