Ahad, 31 Januari 2016

Resepi Ayam Kicap Mudah Tanpa Minyak

Saya suka masakan yang simple dan kurang minyak. Di sini saya nak share kepada anda semua resepi ayam kicap tanpa menggunakan minyak.

Bahan-bahan:
  • 3 paha ayam yang dipotong-potong
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/4 dari sebatang kayu manis 
  • 1/2 dari sekuntum bunga lawang
  • Beberap titik cuka
  • Kicap masin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili (optional)
  • Sedikit secukup rasa (optional)
  • Sebiji tomato (optional)

Cara-caranya:
  • Masukkan bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan ayam ke dalam kuali. Isikan sedikit air agar ayam boleh masak dengan rata.
  • Apabila air dah mula mendidih sedikit, masukkan beberapa titik cuka untuk kurangkan bau ayam. Masukkan garam, gula, secukup rasa, sos cili dan sos tiram. 
  • Biarkan mendidih dan tunggu sehingga kuah nampak pekat dan ayam masak sepenuhnya. 
  • Untuk tambahkan kelazatan, masukkan sebiji tomato. Biarkan tomato nampak layu sedikit dan tutupkan api.
  • Siap dihidangkan dan sedap dimakan bersama nasi putih. 

P/S - Ayam kicap sedap dimasak apabila kuah manis sedikit. Boleh tambahkan cili padi kepada yang gemar pedas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!