Rabu, 27 Januari 2016

Post Pengalaman Muka Berjerawat

Entri berkenaan pengalaman berjerawat mempunyai banyak sambutan. Terima kasih! Semoga kisah dan tips yang saya berikan boleh membantu anda di luar sana. 

Sedar tak sedar, dah setahun lebih saya tinggalkan keadaan muka berjerawat. Alhamdulillah sekarang jerawat dah jauh berkurangan. Asalnya muka saya tak adalah berjerawat. Kalau ada pun jerawat kecil-kecil sahaja. Sampailah saya kerja di Canselori, halamak. Tu yang naik banyak jerawat. Slow juga untuk recover balik. Sampailah saya kahwin, barulah jerawat mulai reda. Dah try itu ini... jerawat tak turun. Pergi klinik, baru jerawat makin pulih. 

Update rutin saya buat sekarang untuk menjaga muka + produk apa saya guna:

  • Bangun pagi... mandi... muka cuci dengan air sahaja. Tak apply apa-apa cleanser.
  • Bersiap nak pergi kerja, sapu krim muka Cashmere. Bubuh compact powder Kate sedikit (lain-lain tu mekap seperti lipbalm, eyeliner). Itu sahaja.
  • Kalau muka berminyak, saya lap dengan facial bloater Clean and Clear. Dan spray guna BioEssence Miracle Water agar kulit tak kering.
  • Balik rumah, tanggalkan mekap guna Silky Girl Makeup Remover.
  • Mandi dan cuci muka dengan Gentle Hydrating Cleanser Elizabeth Arden.
  • Siap nak tidur... sapu toner Elizabeth Arden.

Inilah rupa kulit saya sekarang. Still ada sedikit kesan jerawat yang dulu-dulu. :-)

Another picture of my current skin condition. Boleh nampak kulit kering sedikit akibat aircond.

Masing-masing ada cara penjagaan kulit. Selain perkara rutin, sometimes saya akan gunakan mask muka untuk mencegah kulit kering, atau gunakan Biore PorePacks untuk whitepores. Saya akan minum Innershines tapi tak hari-hari. Seminggu kengkadang dua botol sahaja. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!