Khamis, 14 Januari 2016

On the Road.... Kereta

1056PM.... masih dalam perjalanan ke Sandakan. In Shaa Allah tengah malam ni sampai.

Actually terlintas di fikiran macam nak tukar kereta. Nak tukar angin la kiranya ni. In Shaa Allah tak lama lagi habislah bayar bulanan kereta saya yang sekarang ni. Maklumlah.... kereta tu dah digunakan sejak saya belajar lagi. Sampailah saya kerja, baru ada duit nak bayar kereta tiap bulan. Sebelum ni dad tolong bayarkan. ♡ Thanks dad!

Cakap pasal kereta, saya tak nak beli kereta yang mahal sangat. Cukup dengan kemampuan. Kerja makan gaji taknya jadi kaya. Namanya juga makan gaji, kan? Consider benda lain juga... bayar rumah... + cars + ASTRO + bagi mum duit poket + maintenance kucing-kucing lagi... nah... bijaklah berbelanja $$$. Jangan asyik nak beli itu ini sampai sahaja.

Sebut berkenaan kereta idaman.... errr.... saya tak terfikir lagi mengenai kereta yang saya minati. Bagi saya, yang penting spare part senang nak cari, bayaran bulanan tak mahal sangat, jangan terlalu rendah (kereta macam Hafiz tu rendah) +  nak yang Eco.

Tadi saya terjumpa dengan my office mate sebelah. Bercerita pasal kereta... pot pet pot pet. Ntah apa-apa. Banyak lagi nak cerita tapi mana sempat. Masing-masing nak masuk kerja. Nantilah. Tunggu free baru sambung cerita. Itulah kalau dah terserempak dengan BFF (Business F* Friend)... panjanglah cerita. (The F word. Chheeyy!).

Jadi... tadi ada buka website. Tengok apakah kereta yang berjaya menarik perhatian. Ada la satu dua buah kereta yang cam best + bajet baik punya. Saya ni tak berapa gemar dengar cerita kereta, tapi kalau ia berkaitan dengan saya... misalnya saya nak beli kereta tu, hah. Itu lain cerita.

Kengkadang rasa nak cepat tukar kereta. Bukan apa... geram. HeHe. Mentang-mentanglah saya guna kereta kecil... oOooO.... ada yang treat saya seperti anak tiri. Huh! Sticker VVIP terpampang depan kereta pun tak kena bagi masuk line. Ciiitt!!! Apodah! Ada pula yang asyik sembang... "aku nak beli kereta harga RM100,000.. aku ada kereta besar sekarang bla bla bla". Lepas tu ada yang pandang hina kat kita yang berkereta kecil ni ek? Macam kita tak ada duit.

Tapi... bila fikir balik, sudah-sudahlah nak dengki kat orang kan? Biarlah mereka ada jentolak sekali pun, itu hal mereka. Yang penting kita bayar kereta bulan-bulan.. settle hutang tak ada tangguh, jaga kereta baik-baik dan sayangi kereta sepenu hati. Ramai lagi yang tak ada kereta, kena jalan kaki redah hujan semua... lihatlah betapa bertuahnya orang yang ada kereta ni.

P/S - Bayaran bulanan kereta saya tak sampai RM400. Dan nak habis bayar dah... LaLaLa.... gembira!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!