Sabtu, 23 Januari 2016

Nunpat Dessert Cafe di Oceanus Kota Kinabalu

Kepada food lover dan nak try cafe yang sweet dan moden, boleh try ke Nunpat Dessert Cafe di Oceanus Mall, Kota Kinabalu. Cafe ini terletak bersebelahan dengan Starbucks Cafe. ♡♡♡

Selain itu, kepada kipas-susah-mati Korea tentu akan sukakan cafe ini kerana suasananya yang... just like wayang romantik Korea. Actually Nunpat bermakna 'Red Bean Shaved Ice' atau kata lainnya ais kacang merah la kan? Dan berdasarkan carian di Google, cafe ini juga ada di Korea. Selepas itu barulah cafe Nunpat dibawa ke Sabah. 

Ceritanya begini. Hari ni mood rasa nak berjalan di shopping mall. Jadi saya dan Hafiz pun pergilah ke Oceanus. Lepas tu teragak nak minum yang sejuk seperti.... chocolate frappe? Tiba-tiba tertengok iklan frappe. Dan salted caramel frappe tu macam nampak best.

Walaupun sedih sebab salted caramel dah out of stock, jadi saya amiklah perisa chocolate frappe. Promotion buy 1 free 1 dengan harga RM15.90 sahaja. Bahagia betul la lepas tu.

Selain itu, ada banyak lagi menu special yang disediakan di sini. Jangan lupa ais blended ala-ala ABC tapi dengan decoration yang super cute, serta roti sandwhich yang nyum nyum nyum.

Tempat ni sesuai untuk melepak tak kira peringkat umur dan kebanyakan pengunjung terdiri dari golongan anak muda.

Jom pergi Nunpat!

Nunpat Dessert Cafe. Tempat yang best untuk lepak dan selfie. Apabila nombor pesanan mengeluarkan vibrate, anda boleh mengambil makanan yang dipesan di kaunter.

Cuaca yang cerah di Kota Kinabalu

Buy 1 free 1, chocolate frappe. Rasanya enak, tak manis sangat dan tak menyebabkan migrain. Hehehe

Tengok decoration Nunpat Cafe yang moden, romantik dan cute.

I ♡ Nunpat Dessert Cafe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!