Khamis, 7 Januari 2016

Mini Air Purifier yang Sangat Cute

Ntah kenapa saya minat sangat dengan air purifier. Dah beli satu untuk simpan di rumah. Lepas tu baru-baru ni gatal tangan nak beli satu lagi. Tapi ni best sebab kecil molek sahaja. Guna USB. Letak dalam office. 

Setiap kali masuk office akan on air purifier ni. Syok tengok ada wap air menyembur. Kadang-kadang wap tu sengaja kenakan di muka. Best saja rasa. HeHeHe... 

Harga pun tak la mahal sangat. Actually nak beli warna hijau tapi tak ada stok. Jadi ada kecewa sikit -_-. Ada warna pink. So okaylah. Kira cantik juga warna ni. Yang penting beli benda alah ni. Ngehehehe....

Sekali tengok macam novelty item pun ada. Oleh kerana saya memang minat ngan novelty item begini, jadi saya berminat untuk mengumpul lebih banyak lagi! Biar semak office lepas ni.

Air purifier yang hanya menggunakan USB. Untuk masukkan air, buka penutup. Maximum air yang boleh dimasukkan adalah 80ml. 

Taaadaaa!! Super cute

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!