Isnin, 11 Januari 2016

Lawatan ke Ladang Datuk Yap di Keningau Kali ke-2 : My Perspective

Pada 9 Januari 2016 yang lalu, rombongan UMS sekali lagi melawat ke ladang Datuk Yap di Keningau. Kali ni jumlah rombongan lebih ramai yang turut serta, dan berharap jalinan kerjasama ini membuahkan hasil terbaik untuk kedua belah pihak. 

Saya nak share pengalaman sepanjang perjalanan ke Keningau pada hari itu. Masa perjalanan tak la lama sangat memandangkan dah ada jalan dari Kimanis - Keningau. Kalau dulu nak kena ikut Tambunan, kira jauh juga. Semasa pertengahan perjalanan tu, Prof kata nak singgah kedai jual ikan laga. Saya pun berfikir... hari tu pergi Tenom tak perasan pula ada orang buka kedai ikan laga kat tepi jalan. Ha'ah, betul pula. Memang ada. 

Inilah kedai ikan yang saya cerita sebelum ni (klik sini untuk mengetahui cerita tersebut). Ada banyak jenis ikan yang dijual. Memang rambang mata tengok. Ada yang ikan saya tak pernah nampak pun ada jual kat sini juga. 

Disini ada juga jual belut.
-
-
-
-
-
-
-
Sepanjang perjalanan tu Alhamdulillah cuaca baik.

Haaa..... ini la ladang Datuk Yap. Excited tengok lembu-lembu ni. Semua macam dah tau mereka nak kena buat apa. Berbaris panjang, then lembu dah siap diperah susu, giliran lembu lain lagi masuk. Satu persatu masukkan kepala di pagar yang disediakan. Sempat lagi kami minum susu lembu... errr... yang belum dipastur. Patutlah lemak semacam. Yang paling kuat minum, ternyata saya dan Zul. Orang lain minum secawan, kami bantai lima gelas. Pening terusss.

Inilah anak lembu yang dipisahkan dari ibunya. Comelnya!

Ini kereta Prof. Saya tumpang sekaki juga. (Bayangkan ikan saya berada dalam kereta ni terhuyung-hayang).

Buaya pun ada!

Antara rombongan dari UMS yang hadir pada masa tu. Masing-masing ada peranan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ada delegasi yang menginap semalam di Keningau, kami balik dulu. Masa pulang tu nak ikut Tambunan. Saja nak merasa. Jalan punya jalan, nak dekat dengan Gunung Alab, ppaaanng!! Tiba-tiba ada bunyi sesuatu. Saya pun fikir ada terlanggar something ke apa. Rupanya ada parts yang tertanggal. Maka turunlah di tepi jalan di area hutan yang gelap dan jarang kereta lalu. Nasib baik la Zul amik bahagian mechanical engineering, senang sikit repair apa yang patut. Dah la sejuk tempat tu. Mata saya gatal juga nak tengok atas pokok ada apa. Tak ada apa la yang nampak. Gelap saja. 

Selepas tu semua perjalanan baik seperti biasa.

Sebenarnya saya nak beli susu segar di Ladang Datuk Yap, tapi staf Datuk kata dah habis. Sedih jugalah. Ingat nak tarpau banyak sikit stok dalam aisbox. Tak apalah. Cari di mana-mana supermarket sajalah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!