Isnin, 25 Januari 2016

Kenapa Saya Suka ODEC?

Perasan tak dalam blog saya ni banyak kali sebut pasal ODEC? Apa itu ODEC? ODEC adalah singkatan bagi Outdoor Development Centre dan kawasan ini terletak di kawasan Universiti Malaysia Sabah. Bukan sahaja dikeliling dengan keindahan pokok yang menghijau, ODEC juga berdekatan dengan pantai yang begitu cantik dan bersih. 

Ramai pelancong datang ke ODEC untuk mengambil gambar dan bersuka ria. Selain itu, agensi kerajaan yang lain serta sekolah-sekolah juga menggunakan ODEC untuk tujuan aktiviti rekreasi. ODEC dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, tempat BBQ dan peralatan lain. Untuk makluman dan tempahan ODEC, anda boleh berhubung dengan pihak Pusat Ko-Kurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS.

Apa yang saya nak highlight di sini adalah keindahan pantai ODEC. Walaupun waktu yang paling cantik adalah semasa sunset, tetapi pada waktu siang juga apa kurangnya. Kalau kena masa yang sesuai.... boleh nampak air laut yang bewarna biru serta pasir yang putih. Begitu cantik! Walaupun tengahari agak panas terik juga, tapi kalau duduk bawah pokok + angin bertiup, bestnya. Rasa macam nak tidur. Bunyi ombak boleh menenangkan jiwa. Warna laut yang membiru boleh merehatkan mata.

Bila ke ODEC, automatically akan ingat pinky swear between me and my friend. 
Friends forever no matter what happened ^^ 




Kebetulan ada aktiviti lawatan tapak tanah pada Sabtu yang lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!