Sabtu, 30 Januari 2016

I am Wearing Batik Sabah

Setiap hari Khamis semua kakitangan kerajaan digalakkan untuk memakai baju batik ke pejabat. Saya juga tak terkecuali.

Masa persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti hujung tahun lepas, saya ada beli tudung batik di booth yang dibuka sewaktu persidangan tu. Cuba tengok gambar di bawah. Itulah tudung yang saya beli tu. Ini afalah batik Sabah. Cantik kan? 

Sempena mempromosikan batik tempatan, saya beli batik ni dengan harga yang murah. Bukan hanya coraknya yang asli, hanya dihasilkan satu sahaja setiap rekaan, warnanya juga menarik dan menggunakan kain yang lembut. Tapi kena ingat. Batik begini tak boleh cuci guna washing machine. Kena cuci baik-baik. Nanti kain rosak. >.<

Okay. Batik Sabah kini telah mencecah ke international market dan giat dihasilkan oleh rakyat tempatan termasuk pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Sabah, Likas. Salah satu tempat mempromosikan batik Sabah ialah di Handicraft Centre di Keningau. Selain itu ada banyak tempat lagi yang menjual batik Sabah dengan harga yang berpatutan. 

Support batik Sabah!

Terdapat beberapa jenis warna pada batik ini dan boleh match dengan pelbagai pakaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!