Sabtu, 23 Januari 2016

Review : Gentle Hydrating Toner dari Elizabeth Arden + Manfaat Toner

Hi!

Dulu masa muka saya menghadapi masalah jerawat, saya tak berani untuk menggunakan toner kerana khuatir produk tidak sesuai. Sekarang muka saya dah jauh lebih baik dan saya telah cuba menggunakan toner muka. Saya amat berhati-hati dalam memilih produk muka dan minimize penggunaannya. ^^

Alhamdulillah.... setakat ini saya telah mencuba toner Safi Balqis dan mendapati produk ini amat bagus. Selepas itu saya bertukar kepada Gentle Hydrating Toner dari Elizabeth Arden. Toner ini dirumus khas untuk kulit kering.

Sepanjang menggunakan toner ini, saya amat berpuas hati kerana bukan sahaja sebotol tahan hingga beberapa bulan, malah toner ini membantu membersihkan sisa mekap yang tak tertanggal sewaktu mencuci muka. Toner ini juga membantu saya mengurangkan masalah kulit kering yang saya hadapi. Saya hanya menggunakan toner ini sekali sehari sebelum tidur.

Sebenarnya toner ini banyak bermanfaat buat kita tak kira apa jenama yang dipilih. Yang penting produk tersebut sesuai dan affordable.

Antara manfaat toner ialah:
  1. Mengecilkan pori-pori. Ia dapat mengelakkan kotoran masuk di celah kulit dan juga akan mencegah jerawat dari tumbuh akibat pori-pori tersumbat.
  2. Mengimbangi pH kulit.
  3. Extra perlindungan kepada kulit.
  4. Melembapkan kulit
  5. Menyegarkan kulit
  6. Mengelakkan tumbuhnya ingrown hair
Toner amat bermanfaat terutama kepada individu yang menggunakan mekap yang tebal, sunscreen, yang inginkan extra cleansing dan individu kulit berminyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!