Sabtu, 16 Januari 2016

English Tea House & Restaurant di Sandakan

Kepada yang berkunjung ke Sandakan, tak sah kalau tak pergi ke Agnes Keith House.... Rumah penulis berwarga Amerika Syarikat yang telah mengharumkan Sabah melalui penulisannya yang bertajuk Land Below the Wind. 

Di area berdekatan rumah Agnes Keith ni... ada satu restoran bernama English Tea House & Restaurant. Walaupun kami tak masuk minum dalam restoran ni, tapi kami pergi ke sekitar untuk amik gambar. Cantik tempat ni! Padang rumput yang menghijau menyerikan lagi taman restoran ni. Sunset di kawasan ini juga sangat cantik dan menenangkan. 

Sebenarnya saya datang ke Sandakan untuk hadir mesyuarat, tapi mengambil kesempatan melawat sekitar Sandakan. Untuk makluman anda, bandar Sandakan juga pernah menjadi ibu negeri Sabah sebelum Kota Kinabalu. Dan bandar ini dikenali sebagai Little Hong Kong kerana struktur bangunan dan keadaan geografinya yang lebih kurang sama seperti Hong Kong.

Mula-mula nak pergi ke rumah Agnes Keith juga tapi malangnya tutup kerana dah jam 6.00PM masa tu. Uhuuuu.....

Sedikit maklumat bayaran masuk ke Agnes Keith House, Sandakan

Bayaran masuk:
Warganegara - RM2,00
Pelajar, golongan istimewa, warga emas, pemandu teksi - Percuma

Bukan Warganegara - RM15.00


Masa operasi
0900PM - 0500PM setiap hari

Rumah Agnes Keith. (source)


Buku menu sebenarnya... -_-


Gambar yang digantung di dinding restoran ini

Pemandangan sunset dari atas bukit. Saya teringat pemandangan sunset di Australia yang seakan sama begini.

Ini officemate saya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum ke English Tea House, kami berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan. Ni dekat Hotel Four Points.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!