Rabu, 20 Januari 2016

End of Session

Alhamdulillah! Akhirnya.... saya dapat berehat di rumah dengan sebaiknya. Segala penat lelah telah membuahkan hasil. Walaubagaimanapun, rasa macam dah beberapa hari tak sapu lantai. Urrghh! Feeling sesuatu tak kena.

Baru-baru ni tertekan betul ngan kerja. Start dari pulang balik Sandakan, terus sambung lawatan Tun... sambung lagi event malam 19hb, event pagi 20hb dan akhirnya.... hantar Tun pulang.... Syukur sangat. (Saya pun tak tau macam mana saya boleh buat semua tu dalam satu masa -_-). Ingat nak amik cuti satu dua hari tapi entahlah. Cam ada meeting pula.

Walaupun event berjalan lancar... tapi saya agak tak puas hati ngan kerja saya. Yalah. Saya ni perfectionist juga. Tapi... nampaknya ada juga yang slack, walaupun benda kecil. Hrmm....

-
-
-
-
-
-
-
-
By the way, bila nampak ada orang memperlekehkan orang-orang yang kerja kerajaan seperti kami ni kan...(universiti adalah Badan Berkanun), saya tak berapa senang... Ya. Betul! Ada yang super slacker, kerja malas, suka duduk bergosip bila tak ada kerja, tak multiskiling, masuk lambat pulang awal, kaki kipas, kerja tak ada integriti dan bla bla bla... but not all! So for me its unfair la to label kami as... "Ala.... Kerja Kerajaan". Bagi saya... kalau pemalas tu tak layak pun untuk bekerja sama ada Kerajaan atau Swasta.


Saya tak blame orang-orang yang mengata ni, tapi kalau boleh... selidik dahulu sebelum bercakap. Mungkin mereka yang berkata sedemikian tak pernah rasa lagi bekerja dengan boss yang strict? Atau tak pernah rasa kerja lebih dari lapan jam? Ataupun dek pernah bergaduh dengan staf kat kaunter, terus dicopnya semua kakitangan kerajaan ni teruk. Ish... ish... ish...

However, yang kerja di sektor kerajaan ni pun tak boleh la sambil lewa. Jangan malas. Gaji yang dibayar dengan kita tu pun hasil duit rakyat juga. Namanya Goverment servant. Maksudnya kita ni berkhidmat untuk rakyat. Bagilah perkhidmatan yang terbaik. Kita bekerja biar ikhlas. Bukan semata-mata untuk gaji sahaja. "Ala..... yang penting hujung bulan duit masuk. Duduk saja pun dapat gaji". Tidak.... tidak patut berkata sedemikian.

-
-
-
-
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!