Sabtu, 9 Januari 2016

Enam Tahun dengan Blog

Syukur alhamdulillah.... blog ni masih lagi menjadi blog tunggal saya. Bermula penulisan pertama pada 20 April 2010 dan sehingga sekarang... dah masuk enam tahun dalam dunia blog.

Walaupun blog ni hanyalah untuk hiburan dan mengisi masa lapang, sebenarnya ia agak berguna juga. Terutama semasa saya nak isi SKT. Kenapa? Sebab boleh refer balik mana-mana event atau tarikh penting yang tertinggal. Kiranya macam diary jugalah ni. Hm.. yalah. Ada Google calender pun kengkadang ada yang tak termasuk dalam jadual.

Idea menulis blog telah lama saya simpan. Yang paling excited bila nak mulakan blog tu. Nak fikir layout, color, apa story pertama nak cerita dan bla bla bla... idea mencurah-curah. Nama URL dan nama blog yang paling penting. Kalau nama yang pelik pun nanti susah nak ingat.



Rakan-rakan saya yang lain pun ada juga yang menulis blog. Rata-rata buat seperti online diary... Ya. Seronok ada blog ni! Lebih-lebih sekarang ada version mobile, lagi senang. Boleh deraf blog dalam kereta, kapal terbang dan di mana sahaja. Semudah ABC. ;-)

Sepanjang enam tahun ni dag banyak cerita saya masukkan dalam blog saya ni. Bukan setakat tu, saya juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari seluruh dunia dengan adanya blog ^^♡. Kalau anda perasan ada tahun-tahun yang postnya sedikit sahaja. Contohnya tahun 2010. Ada berapa kerat saja post. Actually sebelum ni post tu banyak. Tapi saya yang delete. Masa tu tak bertudung lagi. Nak delete gambar saja pun macam tak best juga jadinya. Baik delete semua teruslah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!