Isnin, 18 Januari 2016

Eco Yap Fresh Milk, Satu Lagi Keluaran Bumiputera

Susu lembu segar adalah minuman terbaik bagi saya... baik yang original ataupun perisa coklat. Ada dua jenama susu segar pilihan saya iaitu Desa dan Eco-Yap.

Pernah dengar jenama Eco -Yap sebelum ini? Jenama ini dimiliki oleh Datuk Yap Yun Fook dan lokasi ladang tenusunya terletak di Keningau. Saya dah dua kali melawat ladang ini bersama yang lain, dan dah pernah cuba minum susu segar yang belum dipastur! (Minum fullblast sampai lima cawan. Memang kick!). Honestly, saya amat mengagumi Datuk Yap kerana ladangnya bukan sahaja begitu luas, teratur, bersih dan... yang penting lembu-lembunya semua sihat belaka ♡_♡ Saya melihat sendiri lembu-lembu tersebut beratur untuk diperah susu... kemudian ada pekerja-pekerja yang akan memerhati dan membersihkan lembu - lembu tersebut sepanjang proses memerah susu. Setelah lembu siap, mereka akan berbaris keluar dan diikuti dengan lembu yang lain pula masuk ke tempat pemerahan.

Gembira tengok suasana ladang begini. Jadi saya dengan suka hatinya mencari susu lembu segar Eco-Yap yang kini berada di pasaran. Saya beli di Pasaraya Lintas di Sulaman dengan harga RM6+.

Ya. Saya boleh habiskan satu kotak susu 1liter dalam masa yang singkat. I really really love it. Dan saya harap Eco-Yap akan mengeluarkan susu perisa coklat dan strawberry pula.

Pagi tu saya minum susu lembu keluaran Eco-Yap, dan malam tu pula kami dinner dengan Datuk Yap. Hye! Bukan senang tau nak berjumpa dengan beliau. Saya sangat gembira dapat berjumpa Datuk Yap. A very humble person, peramah dan sentiasa tersenyum. Itulah beliau.

So I got another six Eco-Yap fresh milk yang diberikan oleh Datuk sendiri. ♡♡♡ Yeaaazzzz!!! Punyalah happy!

Hidangan susu segar dan potongan buah nenas yang juga keluaran ladang Datuk Yap di Keningau. Nenas ni sangatlah manis. Walaupun saya bukan peminat nombor satu nenas, tapi nenas Datuk Yap memang terbaik. Lunak betul isinya.

Nenas ni boleh dibeli di kedai Pick&Pay

Saya baru sahaja menghabiskan gelas kedua

Ni la susu Eco-Yap yang saya minum tadi pagi. Perasan tak corak lembu tu peta Negeri Sabah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!