Ahad, 31 Januari 2016

Cuti? Batal....

Hari ni badan agak penat. Awal pagi tadi hidung tiba-tiba tersumbat teruk... Jadi pergi cuci kain, cuci cadar terus. Kena selalu cuci cadar sebab Si Hitam suka tidur atas katil. Dah tidur atas katil, beralaskan selimut lagi. Plus... kena ada aircond lagi. Betul-betul royal cat!

Esok dah 1 Februari 2016. Cepatnya masa berlalu. Cuti yang saya apply (sekian lama tak bercuti) akhirnya terpaksa dibatalkan. Sob... sob... punyalah sedih. Pack gila jadual. Tengok calender pun pening. Bertindan-tindan aktiviti. Ni baru orang macam saya (kuli-kuli sahaja), belum lagi yang bos.. Totally no life. Tapi dah diberikan amanah, buatlah yang terbaik :-) Kan?

By the way, jangan saya batal cuti, tiba-tiba ada yang sukahati nak bercuti pula masa tu. Grrr! Ini tak boleh jadi. Orang lain sibuk, ada yang sedap bercuti pula. Dahlah hujung tahun pun cuti bagai tak ingat dunia, cuti CNY pun nak rembat juga? Harap-harap tak ada kes gitu ek? Kesian rakan-rakan sekerja yang lain. Dan kesianlah kat staf yang memerlukan pegawai as reference.

Sebut pasal cuti, rupanya cuti saya ada banyak lagi. Asyik bawa ke tahun hadapan... kumpul punya kumpul... wah. Ada berpuluh lagi tak digunakan. Okaylah tu. Manatau lain kali nak cuti panjang. Nak cuti sebulan ke.... Siapa tau. Sometimes kita perlu rehat juga. Bukan memanjang kerja (kita bukan robot).

Saya pernah cuba untuk balik on time setiap kali kerja tapi tak pernah berjaya. Gini cetanya. Saya ni suka ikut mood. Kadang-kadang rasa malas gila buat kerja, walhal minit mesyuarat ada banyak nak kena siapkan, kertas kerja la urus ni la hapa la. Bila dah terlalu banyak nak buat, nah! Terus pandai slow motion pula. Bila menjelang petang, terus rajin buat itu ini. Lagi petang lagi bagus. Tapi tak la berlaku hari-hari. Tabiat ni datang sesuka hati.

Masing-masing punya fe'el. Ada yang suka datang lewat, balik on time. Tu pun masalah juga. Ada yang gemar beri alasan. Haaa.... ni yang paling saya kureng. Alasan... alasan... alasan... banyak sangat alasan, orang dah tak boleh percaya lagi daaaa....

Apa-apa pun Alhamdulillah.... saya masih berkhidmat sehingga sekarang. Saya ingat lagi masa tu saya belum konvo lagi. Tapi kira dah graduate (dah dapat result final semester). My brother cakap ada kerja kosong di Sekolah Perubatan. So saya apply terus. Tapi masa tu jawatan guna Diploma. Pergi interview dan.... sebulan juga tunggu. Ingatkan tak dapat la. Suddenly kena call dan masuk kerja pada 2 Ogos 2010 bersama tiga orang lagi my friends, Fauziah, Zuan dan Emily. Fauziah sekarang kerja di Imigresen. Zuan di Perpustakaan UMS dan Emily still di Fakulti Perubatan. :-)

Okay nanti sambung di next entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!