Ahad, 31 Januari 2016

Bagaimana Saya Kekalkan Berat Badan?

Walaupun hobi saya adalah memasak, tapi tak semestinya saya makan banyak. Errr.... kalau pun saya makan banyak, yang penting kena pandai maintain berat badan. Kan? 

Untuk mengekalkan berat badan yang seimbang, yang pertama sekali adalah DISIPLIN. Kedua adalah... KAWAL MAKAN. Ketiga ialah... HIDUP SIHAT.

Jom saya share bagaimana saya maintain berat badan saya. 
  1. Setiap hari akan bangun awal tak kira kerja atau tak kerja. Kalau waktu cuti, pagi tu dah prepare untuk buat kerja rumah seperti cuci kain, sapu lantai, siram bunga, bagi makan kucing dan lain-lain.
  2. Apa-apa pun, kena bersarapan. Tak perlu makan berat sangat. Asal isi perut dah memadai. Waktu cuti tengok mood. Kadang-kala saya akan masak sarapan yang berat sedikit seperti mi goreng (tanpa minyak).
  3. Tengahari tengok mood. Kalau dah kenyang, tak makan tengahari. Kalau rasa nak makan, makan juga. Tapi lebihkan lauk berbanding nasi. Waktu cuti saya suka masak untuk lunch. Masakan yang simple dan tak banyak rempah. 
  4. Minum air putih banyak. Penting untuk kesihatan. Di rumah memang stok air mineral beberapa kotak. Satu lagi minuman kegemaran saya adalah teh dan susu. ^^. (Honestly saya suka minum Teh O Ais kurang manis atau Teh tanpa gula).
  5. Petang after kerja akan ajak rakan sekerja atau bawa Hafiz buat powerwalking di sekitar kampus. Tak perlu berlari pun tak apa. Yang penting peluh keluar. Berjalan sejauh 6KM dah boleh membakar beberapa ratus kalori. Gunakan Samsung Health untuk ukur KM dan jumlah kalori yang dah dibakar.
  6. Waktu malam makan yang ringan sahaja seperti sandwich. No supper! No chocolate. No manis-manis.
  7. Jangan tidur terlalu lewat walaupun kadang-kala pandai terlajak lewat.
  8. Kudapan terbaik adalah buah-buahan. Apabila lapar, makanlah buah. ^^♡
  9. Berfikiran positif. Hidup sihat dan gembira. ^^
  10. Boleh cheat day. Tapi jangan selalu pulak. Makan supplement seperti Vitamin... Saya minum Inner Shine.
Waiting for sunset

Yeay!

Dinner untuk malam ni. Not too heavy. Roti dengan sekeping daging ayam hiris, baked bean dan lettuce.

Makan bersama susu segar ^^♡♡♡♡

P/S - Jangan fikir nak kurus tetapi fikirlah untuk kesihatan. :-) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!