Ahad, 31 Januari 2016

Cuti? Batal....

Hari ni badan agak penat. Awal pagi tadi hidung tiba-tiba tersumbat teruk... Jadi pergi cuci kain, cuci cadar terus. Kena selalu cuci cadar sebab Si Hitam suka tidur atas katil. Dah tidur atas katil, beralaskan selimut lagi. Plus... kena ada aircond lagi. Betul-betul royal cat!

Esok dah 1 Februari 2016. Cepatnya masa berlalu. Cuti yang saya apply (sekian lama tak bercuti) akhirnya terpaksa dibatalkan. Sob... sob... punyalah sedih. Pack gila jadual. Tengok calender pun pening. Bertindan-tindan aktiviti. Ni baru orang macam saya (kuli-kuli sahaja), belum lagi yang bos.. Totally no life. Tapi dah diberikan amanah, buatlah yang terbaik :-) Kan?

By the way, jangan saya batal cuti, tiba-tiba ada yang sukahati nak bercuti pula masa tu. Grrr! Ini tak boleh jadi. Orang lain sibuk, ada yang sedap bercuti pula. Dahlah hujung tahun pun cuti bagai tak ingat dunia, cuti CNY pun nak rembat juga? Harap-harap tak ada kes gitu ek? Kesian rakan-rakan sekerja yang lain. Dan kesianlah kat staf yang memerlukan pegawai as reference.

Sebut pasal cuti, rupanya cuti saya ada banyak lagi. Asyik bawa ke tahun hadapan... kumpul punya kumpul... wah. Ada berpuluh lagi tak digunakan. Okaylah tu. Manatau lain kali nak cuti panjang. Nak cuti sebulan ke.... Siapa tau. Sometimes kita perlu rehat juga. Bukan memanjang kerja (kita bukan robot).

Saya pernah cuba untuk balik on time setiap kali kerja tapi tak pernah berjaya. Gini cetanya. Saya ni suka ikut mood. Kadang-kadang rasa malas gila buat kerja, walhal minit mesyuarat ada banyak nak kena siapkan, kertas kerja la urus ni la hapa la. Bila dah terlalu banyak nak buat, nah! Terus pandai slow motion pula. Bila menjelang petang, terus rajin buat itu ini. Lagi petang lagi bagus. Tapi tak la berlaku hari-hari. Tabiat ni datang sesuka hati.

Masing-masing punya fe'el. Ada yang suka datang lewat, balik on time. Tu pun masalah juga. Ada yang gemar beri alasan. Haaa.... ni yang paling saya kureng. Alasan... alasan... alasan... banyak sangat alasan, orang dah tak boleh percaya lagi daaaa....

Apa-apa pun Alhamdulillah.... saya masih berkhidmat sehingga sekarang. Saya ingat lagi masa tu saya belum konvo lagi. Tapi kira dah graduate (dah dapat result final semester). My brother cakap ada kerja kosong di Sekolah Perubatan. So saya apply terus. Tapi masa tu jawatan guna Diploma. Pergi interview dan.... sebulan juga tunggu. Ingatkan tak dapat la. Suddenly kena call dan masuk kerja pada 2 Ogos 2010 bersama tiga orang lagi my friends, Fauziah, Zuan dan Emily. Fauziah sekarang kerja di Imigresen. Zuan di Perpustakaan UMS dan Emily still di Fakulti Perubatan. :-)

Okay nanti sambung di next entry.

Bagaimana Saya Kekalkan Berat Badan?

Walaupun hobi saya adalah memasak, tapi tak semestinya saya makan banyak. Errr.... kalau pun saya makan banyak, yang penting kena pandai maintain berat badan. Kan? 

Untuk mengekalkan berat badan yang seimbang, yang pertama sekali adalah DISIPLIN. Kedua adalah... KAWAL MAKAN. Ketiga ialah... HIDUP SIHAT.

Jom saya share bagaimana saya maintain berat badan saya. 
  1. Setiap hari akan bangun awal tak kira kerja atau tak kerja. Kalau waktu cuti, pagi tu dah prepare untuk buat kerja rumah seperti cuci kain, sapu lantai, siram bunga, bagi makan kucing dan lain-lain.
  2. Apa-apa pun, kena bersarapan. Tak perlu makan berat sangat. Asal isi perut dah memadai. Waktu cuti tengok mood. Kadang-kala saya akan masak sarapan yang berat sedikit seperti mi goreng (tanpa minyak).
  3. Tengahari tengok mood. Kalau dah kenyang, tak makan tengahari. Kalau rasa nak makan, makan juga. Tapi lebihkan lauk berbanding nasi. Waktu cuti saya suka masak untuk lunch. Masakan yang simple dan tak banyak rempah. 
  4. Minum air putih banyak. Penting untuk kesihatan. Di rumah memang stok air mineral beberapa kotak. Satu lagi minuman kegemaran saya adalah teh dan susu. ^^. (Honestly saya suka minum Teh O Ais kurang manis atau Teh tanpa gula).
  5. Petang after kerja akan ajak rakan sekerja atau bawa Hafiz buat powerwalking di sekitar kampus. Tak perlu berlari pun tak apa. Yang penting peluh keluar. Berjalan sejauh 6KM dah boleh membakar beberapa ratus kalori. Gunakan Samsung Health untuk ukur KM dan jumlah kalori yang dah dibakar.
  6. Waktu malam makan yang ringan sahaja seperti sandwich. No supper! No chocolate. No manis-manis.
  7. Jangan tidur terlalu lewat walaupun kadang-kala pandai terlajak lewat.
  8. Kudapan terbaik adalah buah-buahan. Apabila lapar, makanlah buah. ^^♡
  9. Berfikiran positif. Hidup sihat dan gembira. ^^
  10. Boleh cheat day. Tapi jangan selalu pulak. Makan supplement seperti Vitamin... Saya minum Inner Shine.
Waiting for sunset

Yeay!

Dinner untuk malam ni. Not too heavy. Roti dengan sekeping daging ayam hiris, baked bean dan lettuce.

Makan bersama susu segar ^^♡♡♡♡

P/S - Jangan fikir nak kurus tetapi fikirlah untuk kesihatan. :-) 

Resepi Ayam Kicap Mudah Tanpa Minyak

Saya suka masakan yang simple dan kurang minyak. Di sini saya nak share kepada anda semua resepi ayam kicap tanpa menggunakan minyak.

Bahan-bahan:
  • 3 paha ayam yang dipotong-potong
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/4 dari sebatang kayu manis 
  • 1/2 dari sekuntum bunga lawang
  • Beberap titik cuka
  • Kicap masin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili (optional)
  • Sedikit secukup rasa (optional)
  • Sebiji tomato (optional)

Cara-caranya:
  • Masukkan bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan ayam ke dalam kuali. Isikan sedikit air agar ayam boleh masak dengan rata.
  • Apabila air dah mula mendidih sedikit, masukkan beberapa titik cuka untuk kurangkan bau ayam. Masukkan garam, gula, secukup rasa, sos cili dan sos tiram. 
  • Biarkan mendidih dan tunggu sehingga kuah nampak pekat dan ayam masak sepenuhnya. 
  • Untuk tambahkan kelazatan, masukkan sebiji tomato. Biarkan tomato nampak layu sedikit dan tutupkan api.
  • Siap dihidangkan dan sedap dimakan bersama nasi putih. 

P/S - Ayam kicap sedap dimasak apabila kuah manis sedikit. Boleh tambahkan cili padi kepada yang gemar pedas. 

Sabtu, 30 Januari 2016

I am Wearing Batik Sabah

Setiap hari Khamis semua kakitangan kerajaan digalakkan untuk memakai baju batik ke pejabat. Saya juga tak terkecuali.

Masa persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti hujung tahun lepas, saya ada beli tudung batik di booth yang dibuka sewaktu persidangan tu. Cuba tengok gambar di bawah. Itulah tudung yang saya beli tu. Ini afalah batik Sabah. Cantik kan? 

Sempena mempromosikan batik tempatan, saya beli batik ni dengan harga yang murah. Bukan hanya coraknya yang asli, hanya dihasilkan satu sahaja setiap rekaan, warnanya juga menarik dan menggunakan kain yang lembut. Tapi kena ingat. Batik begini tak boleh cuci guna washing machine. Kena cuci baik-baik. Nanti kain rosak. >.<

Okay. Batik Sabah kini telah mencecah ke international market dan giat dihasilkan oleh rakyat tempatan termasuk pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Sabah, Likas. Salah satu tempat mempromosikan batik Sabah ialah di Handicraft Centre di Keningau. Selain itu ada banyak tempat lagi yang menjual batik Sabah dengan harga yang berpatutan. 

Support batik Sabah!

Terdapat beberapa jenis warna pada batik ini dan boleh match dengan pelbagai pakaian.

Jumaat, 29 Januari 2016

Celebrate Birthday dengan Ayam Teriyaki Black Paper

Happy birthday (belated -_-) to my office mate, Dewi. Kononnya celebrate birthday di Kenny Rogers....

Walaupun masakan Barat bukanlah my number one favorite.... tetapi banyak-banyak restoran Western yang paling saya suka adalah Kenny Rogers Roasters, cawangan 1Borneo kerana ayamnya juicy, less fat.... sos BBQ yang enak dan ada air yang boleh refill. 

Tengah pusing-pusing tak tau nak makan mana, akhirnya makan di Restoran Kenny Rogers bersama my friend, Dewi. Actually birthday dia dah dua hari yang lepas. Ada kesempatan keluar rehat, saya ajak Dewi keluar. Terus kiranya nak celebrate birthday. 

So.... ehmmm.. ya. Kebetulan ada promo menu baharu sempena CNY tahun ni. Ayam Black Paper and Teriyaki Sauce. Saya agak kureng sikit kalau black paper but this one... oh-so-yummy. Less black paper... more to Teriyaki (ada rasa manis-manis sikit). Makan dengan sos cili, chunky vege, fresh fruit dan choco muffin... memang sedap. Yang special tentang ayam ni bukan setakat sos yang sedap, tetapi only available di bahagian ayam yang paling sedap... bahagian paha. Wuhhuuu!

Sebelum tamat promotion, rasa nak makan lagi ayam Teriyaki sauce ni!

Actually saya tak minta side dish macaroni, tapi memandangkan waiter dah salah letak... anggap sebagai rezeki tambahan. Mereka terus mohon maaf dan bagi my fresh fruit. ^^ I like their service here. Very friendly!

Jom makan ayam!

Khamis, 28 Januari 2016

Fruto di 1Borneo : Minuman Sihat

Kepada peminat minuman berserat atau yang sihat, boleh berkunjung ke Fruto Juice Bar di 1Borneo. Kedai ni terletak berhampiran Cotton Shop dan menawarkan pelbagai jenis pure jus khas untuk para pengunjung. Lagipun sekarang ramai orang yang mengamalkan konsep gaya hidup sihat, dan Fruto Juice Bar antara kedai jus buah-buahan yang following the trend.

Sesuai dengan harga kerana kelazatan dan ke-original-lan buah-buahan yang di blend begitu terasa sekali. Fruto Juice Bar menyediakan tiga saiz minuman iaitu Small, Medium dan Large. Kalau amik Medium dah boleh dapat dalam bentuk botol 500ml (extra charge RM1 untuk botol). 

Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke Fruto Juice Bar. Tertarik dengan decoration nya yang cozy, cam best dan dengan jus buah-buahan tak tau mana satu saya nak pilih... semua pun nampak sedap, tu yang membuatkan saya nak ke Fruto. 

Mula-mula kena bagi trial dulu. Mmm... memang sedap. Lepas tu time nak beli tak tau mana satu nak dipilih. Ada Borneo Tropical Mix, Minty Spinach, Anti-Oxie, Bloody Black Mary dan lain-lain.

Cawangan lain Fruto Juice Bar juga adalah di Level 1, Oceanus Mall, Kota Kinabalu. 

Saya syorkan anda untuk try Fruto Juice Bar. Sangat berbaloi!

Boleh lepak sambil minum jus

Comel!

Rabu, 27 Januari 2016

Post Pengalaman Muka Berjerawat

Entri berkenaan pengalaman berjerawat mempunyai banyak sambutan. Terima kasih! Semoga kisah dan tips yang saya berikan boleh membantu anda di luar sana. 

Sedar tak sedar, dah setahun lebih saya tinggalkan keadaan muka berjerawat. Alhamdulillah sekarang jerawat dah jauh berkurangan. Asalnya muka saya tak adalah berjerawat. Kalau ada pun jerawat kecil-kecil sahaja. Sampailah saya kerja di Canselori, halamak. Tu yang naik banyak jerawat. Slow juga untuk recover balik. Sampailah saya kahwin, barulah jerawat mulai reda. Dah try itu ini... jerawat tak turun. Pergi klinik, baru jerawat makin pulih. 

Update rutin saya buat sekarang untuk menjaga muka + produk apa saya guna:

  • Bangun pagi... mandi... muka cuci dengan air sahaja. Tak apply apa-apa cleanser.
  • Bersiap nak pergi kerja, sapu krim muka. Bubuh compact powder Kate sedikit (lain-lain tu mekap seperti lipbalm, eyeliner). Itu sahaja.
  • Kalau muka berminyak, saya lap dengan facial bloater Clean and Clear. Dan spray guna BioEssence Miracle Water agar kulit tak kering.
  • Balik rumah, tanggalkan mekap guna Silky Girl Makeup Remover.
  • Mandi dan cuci muka dengan Gentle Hydrating Cleanser Elizabeth Arden.
  • Siap nak tidur... sapu toner Elizabeth Arden.

Inilah rupa kulit saya sekarang. Still ada sedikit kesan jerawat yang dulu-dulu. :-)

Another picture of my current skin condition. Boleh nampak kulit kering sedikit akibat aircond.

Masing-masing ada cara penjagaan kulit. Selain perkara rutin, sometimes saya akan gunakan mask muka untuk mencegah kulit kering, atau gunakan Biore PorePacks untuk whitepores. Saya akan minum Innershines tapi tak hari-hari. Seminggu kengkadang dua botol sahaja. :-)

Sambil Bersiar-Siar...

Kelmarin saya berjaya ajak Hafiz turun dari Dewan Canselor ke ODEC.... then patah balik. Tapi kena suruh Hafiz jalan laju sikit kalau nak peluh keluar lebih banyak. Alhamdulillah... memang berjaya. Habis basah baju akibat peluh. Saya pula yang kurang berpeluh (adakah saya sakit? O_o)

Sambil power walking, sambil bersantai tengok pemandangan yang ditunggu-tunggu... sunset. Kelmarin view begitu cantik. Ramai pelancong amik gambar sunset. Saya pun amik kesempatan untuk amik beberapa keping juga. 

Baru-baru ni saya aktif mengeluarkan peluh selepas wakyu bekerja. Bila sampai rumah, balik mandi then tidur.... sangatlah selesa. Esok pagi bangun, segar betul rasanya. Tengok cermin... senyum saja. Ada meeting pagi petang pun tak apa. Mood boleh sentiasa bagus (jika bersenam).

Actually saya suka tengok pemandangan sunset. Hari-hari turun tengok pun tak apa. Siapa yang tak suka sunset? Selagi Bumi berputar, tataplah sunset yang begitu indah dan fikirkanlah yang indah-indah sahaja. Buangkan segala fikiran negatif jauh ke dalam laut. :-)

Kita pasti akan rindukan pemandangan sebegini suatu hari nanti.

Blue sky

Ini adalah ODEC UMS. Saya suka gambar ini.

XD Hahahaha

Isnin, 25 Januari 2016

Kenapa Saya Suka ODEC?

Perasan tak dalam blog saya ni banyak kali sebut pasal ODEC? Apa itu ODEC? ODEC adalah singkatan bagi Outdoor Development Centre dan kawasan ini terletak di kawasan Universiti Malaysia Sabah. Bukan sahaja dikeliling dengan keindahan pokok yang menghijau, ODEC juga berdekatan dengan pantai yang begitu cantik dan bersih. 

Ramai pelancong datang ke ODEC untuk mengambil gambar dan bersuka ria. Selain itu, agensi kerajaan yang lain serta sekolah-sekolah juga menggunakan ODEC untuk tujuan aktiviti rekreasi. ODEC dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, tempat BBQ dan peralatan lain. Untuk makluman dan tempahan ODEC, anda boleh berhubung dengan pihak Pusat Ko-Kurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS.

Apa yang saya nak highlight di sini adalah keindahan pantai ODEC. Walaupun waktu yang paling cantik adalah semasa sunset, tetapi pada waktu siang juga apa kurangnya. Kalau kena masa yang sesuai.... boleh nampak air laut yang bewarna biru serta pasir yang putih. Begitu cantik! Walaupun tengahari agak panas terik juga, tapi kalau duduk bawah pokok + angin bertiup, bestnya. Rasa macam nak tidur. Bunyi ombak boleh menenangkan jiwa. Warna laut yang membiru boleh merehatkan mata.

Bila ke ODEC, automatically akan ingat pinky swear between me and my friend. 
Friends forever no matter what happened ^^ 




Kebetulan ada aktiviti lawatan tapak tanah pada Sabtu yang lepas.

Warna yang Cantik dari Silkygirl Moisture Boost Lipcolor Balm

Antara jenama mekap kegemaran saya adalah Silkygirl. Bukan sahaja produk ini berkualiti, harganya juga affordable dan saya dah menggunakan produk ini sejak saya belajar dahulu.

Silkygirl Moisture Boost Lipcolor Balm adalah antara pilihan saya. Warna-warna yang available begitu menarik dan akhirnya saya memilih color Poppy (05) dan Ruby (03). Saya amat berpuas hati dengan lipcolor ini. Ia mudah digunakan, no fragrance dan yang penting.... tak menyebabkan bibir kering, merekah.... pendek kata... tak ada alahan kepada saya.  Walaupun begitu, untuk langkah berhati-hati... saya suka sapukan lipbalm terlebih dahulu agar bibir lebih lembap. 

Satu saya simpan di office untuk back up. Yalah, kadang-kadang terlupa bawa makeup case ke pejabat, akhirnya boleh selamat juga sebab ada simpan satu di dalam laci. Selain affordable dan bla bla bla.... lipcolor dari Silkygirl ini juga long lasting (kecuali kalau lepas makan tentulah warna memudar). Warna Ruby agak terang sedikit untuk saya. Oleh itu saya hanya sapukan sedikit sahaja, selebihnya saya hanya ratakan warna tersebut agar nampak sesuai.

Untuk bibir yang lebih menarik, warna-warna ini juga boleh di blend bersama. ^^

Saya menggunakan warna Poppy.

Saya punya Silkygirl

Setakat ni ada dua unit of Moisture Boost Lipcolor Balm
Ada satu lagi produk terbaharu Silky Girl, Matte fever Lipcolor Balm. 
Lebih kurang juga cuma color tak shining macam yang moisture tu. 

Ahad, 24 Januari 2016

48 Fun Questions Tag

1. Do you sleep with your closet doors open or closed?
Me : Closed.

2. Do you take the shampoos and conditioner bottles from hotel?
Me: Yes! I collect them all, put them in a plastic bag, keep them inside my cabinet. For my collection...

3. Do you sleep with your sheets tucked in or out?
Me: Tucked in of course!

4. Have you ever stolen a street sign before?
Me: Never.

5. Do you like to use post-it notes?
Me: Yes! Yes! Yes! For my work.

6. Do you cut out coupons but then never use them?
Me: Yeah... sometimes. Especially KFC and Pizza Hut.

7. Would you rather be attacked by a big bear or a swarm of bees?
Me: Swarm of a bees... then I dived into the water and hope they gone after that.

8. Do you have freckles?
Me: No.

9. Do you always smile for pictures?
Me: Yes.

10. What is your biggest pet peeve?
Me: A copycat. Be original please...

11. Do you ever count your steps when you walk?
Me: Errr.... nope.

12. Do you ever peed in the woods?
Me: We need to respect mother nature. So... no.

13. What about pooped in the woods?
Me: Of course not!

14. Do you ever dance even it theres no music playing?
Me: Yes. The music playing in my mind.

15. Do you chew you pens and pencils?
Yes, when my head is stuck and have no idea.

16. What size is your bed?
Me: Queen size.

17. What is your Song of the week?
Me: Ellie Goulding - On My Mind.

18. Is it okay for guys to wear pink?
Me: Not my favorite at all.

19. Do you still watch cartoons?
Me: Yes! Sherk, Ice Age, Brave.... bla bla bla.

20. Whats your least favorite movie?
Me: Anything romantic....

21. Where would you bury hidden treasure if you had some?
Me: At my backyard?

22. What do you drink with dinner?
Me: O2 water.

23. What do you dip a chicken nugget in?
Me: Chili sauce.

24. What is your favorite food?
Chicken rice, anything simple and less spices.

25. What movies could your watch over and over and still love?
Me: White Chicks, Hot Chicks, Superhero Movies, The Green Lantern, Scary Movie 2 etc.

26. Were you ever a boy/girl scout?
Me: No.

27. Would you ever strip or pose nude in a magazine?
Me: Oh my... of course no!

28. When was the last time you wrote a letter to someone on paper?
Me: Long time ago to my pen-pals.

29. Can you change the oil on a car?
Me: I am not sure but I never did this before.

30. Ever gotten a speeding ticket?
Me: Alhamdulillah... no.

31. Ran out of gas?
Me: Yes. It happened when I was in KL with my colleagues. Arrrggghh!

32. Favorite kind of sandwich?
Me: Sardine / tuna with cucumber.

33. Best thing to eat for breakfast?
Me: Mi goreng.

34. What is your usual bedtime?
Me: Depend on situation. But still awake early.

35. Are you lazy?
Me: No. I always make sure my house is clean, and I can do domestic work for several hours because I want to.

36. When you were a kid, what did you dress up as for Halloween?
Me: I don't celebrate Halloween.

37. What is your Chinese astrological sign?
Me: Rabbit.

38. How many language can you speak?
Me: Bahasa Melayu, English, Kedayan. Still improving my French, Japanese and Chinese.

39. Do you have any magazine subscriptions?
Me: No.

40. Which are better, Legos or Lincoln logs?
Me: I choose Lego.

41. Are you stubborn?
Me: Sometimes.

42. Who is better.... Leno or Letterman?
Me: I go for Letterman.

43. Ever watch soap operas?
Me:  Yes.

44. Afraid of heights?
Me: 80% no.

45. Sing in the car?
Me: Yes.

46. Dance in the shower?
Me: Sometimes. HaHa.

47. Dance in the car?
Me: Yesssss!

48. Ever used a gun?
Me: Never used but ever touched.

Source 50 Fun Questions Tag.

Sabtu, 23 Januari 2016

Review : Gentle Hydrating Toner dari Elizabeth Arden + Manfaat Toner

Hi!

Dulu masa muka saya menghadapi masalah jerawat, saya tak berani untuk menggunakan toner kerana khuatir produk tidak sesuai. Sekarang muka saya dah jauh lebih baik dan saya telah cuba menggunakan toner muka. Saya amat berhati-hati dalam memilih produk muka dan minimize penggunaannya. ^^

Alhamdulillah.... setakat ini saya telah mencuba toner Safi Balqis dan mendapati produk ini amat bagus. Selepas itu saya bertukar kepada Gentle Hydrating Toner dari Elizabeth Arden. Toner ini dirumus khas untuk kulit kering.

Sepanjang menggunakan toner ini, saya amat berpuas hati kerana bukan sahaja sebotol tahan hingga beberapa bulan, malah toner ini membantu membersihkan sisa mekap yang tak tertanggal sewaktu mencuci muka. Toner ini juga membantu saya mengurangkan masalah kulit kering yang saya hadapi. Saya hanya menggunakan toner ini sekali sehari sebelum tidur.

Sebenarnya toner ini banyak bermanfaat buat kita tak kira apa jenama yang dipilih. Yang penting produk tersebut sesuai dan affordable.

Antara manfaat toner ialah:
  1. Mengecilkan pori-pori. Ia dapat mengelakkan kotoran masuk di celah kulit dan juga akan mencegah jerawat dari tumbuh akibat pori-pori tersumbat.
  2. Mengimbangi pH kulit.
  3. Extra perlindungan kepada kulit.
  4. Melembapkan kulit
  5. Menyegarkan kulit
  6. Mengelakkan tumbuhnya ingrown hair
Toner amat bermanfaat terutama kepada individu yang menggunakan mekap yang tebal, sunscreen, yang inginkan extra cleansing dan individu kulit berminyak.

Nunpat Dessert Cafe di Oceanus Kota Kinabalu

Kepada food lover dan nak try cafe yang sweet dan moden, boleh try ke Nunpat Dessert Cafe di Oceanus Mall, Kota Kinabalu. Cafe ini terletak bersebelahan dengan Starbucks Cafe. ♡♡♡

Selain itu, kepada kipas-susah-mati Korea tentu akan sukakan cafe ini kerana suasananya yang... just like wayang romantik Korea. Actually Nunpat bermakna 'Red Bean Shaved Ice' atau kata lainnya ais kacang merah la kan? Dan berdasarkan carian di Google, cafe ini juga ada di Korea. Selepas itu barulah cafe Nunpat dibawa ke Sabah. 

Ceritanya begini. Hari ni mood rasa nak berjalan di shopping mall. Jadi saya dan Hafiz pun pergilah ke Oceanus. Lepas tu teragak nak minum yang sejuk seperti.... chocolate frappe? Tiba-tiba tertengok iklan frappe. Dan salted caramel frappe tu macam nampak best.

Walaupun sedih sebab salted caramel dah out of stock, jadi saya amiklah perisa chocolate frappe. Promotion buy 1 free 1 dengan harga RM15.90 sahaja. Bahagia betul la lepas tu.

Selain itu, ada banyak lagi menu special yang disediakan di sini. Jangan lupa ais blended ala-ala ABC tapi dengan decoration yang super cute, serta roti sandwhich yang nyum nyum nyum.

Tempat ni sesuai untuk melepak tak kira peringkat umur dan kebanyakan pengunjung terdiri dari golongan anak muda.

Jom pergi Nunpat!

Nunpat Dessert Cafe. Tempat yang best untuk lepak dan selfie. Apabila nombor pesanan mengeluarkan vibrate, anda boleh mengambil makanan yang dipesan di kaunter.

Cuaca yang cerah di Kota Kinabalu

Buy 1 free 1, chocolate frappe. Rasanya enak, tak manis sangat dan tak menyebabkan migrain. Hehehe

Tengok decoration Nunpat Cafe yang moden, romantik dan cute.

I ♡ Nunpat Dessert Cafe

Khamis, 21 Januari 2016

Resepi Kacang Buncis Goreng Udang Paling Senang

Nah! Kepada yang suka makan sayur kacang buncis + udang, boleh try resepi yang paling ringkas ni.

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang segar yang belum dibuang kulit
  • Sayur kacang buncis yang dipotong-potong
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sos vegeterian atau sos tiram
  • Secukup rasa (optional)
  • Sesudu teh minyak masak

Cara-cara:
  • Tumiskan bawang dengan minyak yang amat sedikit (guna kuali non stick)
  • Apabila bawang dah nampak kuning, masukkan udang. Tunggu sehingga udang kemerahan.
  • Masukkan sayur kacang buncis.
  • Masukkan sos vegeterian. (Tak perlu banyak)
  • Taburkan garam + gula pasir 
  • Taburkan secukup rasa 
  • Apabila sayur nampak layu, tutupkan api.

Siap dihidangkan

Rabu, 20 Januari 2016

End of Session

Alhamdulillah! Akhirnya.... saya dapat berehat di rumah dengan sebaiknya. Segala penat lelah telah membuahkan hasil. Walaubagaimanapun, rasa macam dah beberapa hari tak sapu lantai. Urrghh! Feeling sesuatu tak kena.

Baru-baru ni tertekan betul ngan kerja. Start dari pulang balik Sandakan, terus sambung lawatan Tun... sambung lagi event malam 19hb, event pagi 20hb dan akhirnya.... hantar Tun pulang.... Syukur sangat. (Saya pun tak tau macam mana saya boleh buat semua tu dalam satu masa -_-). Ingat nak amik cuti satu dua hari tapi entahlah. Cam ada meeting pula.

Walaupun event berjalan lancar... tapi saya agak tak puas hati ngan kerja saya. Yalah. Saya ni perfectionist juga. Tapi... nampaknya ada juga yang slack, walaupun benda kecil. Hrmm....

-
-
-
-
-
-
-
-
By the way, bila nampak ada orang memperlekehkan orang-orang yang kerja kerajaan seperti kami ni kan...(universiti adalah Badan Berkanun), saya tak berapa senang... Ya. Betul! Ada yang super slacker, kerja malas, suka duduk bergosip bila tak ada kerja, tak multiskiling, masuk lambat pulang awal, kaki kipas, kerja tak ada integriti dan bla bla bla... but not all! So for me its unfair la to label kami as... "Ala.... Kerja Kerajaan". Bagi saya... kalau pemalas tu tak layak pun untuk bekerja sama ada Kerajaan atau Swasta.


Saya tak blame orang-orang yang mengata ni, tapi kalau boleh... selidik dahulu sebelum bercakap. Mungkin mereka yang berkata sedemikian tak pernah rasa lagi bekerja dengan boss yang strict? Atau tak pernah rasa kerja lebih dari lapan jam? Ataupun dek pernah bergaduh dengan staf kat kaunter, terus dicopnya semua kakitangan kerajaan ni teruk. Ish... ish... ish...

However, yang kerja di sektor kerajaan ni pun tak boleh la sambil lewa. Jangan malas. Gaji yang dibayar dengan kita tu pun hasil duit rakyat juga. Namanya Goverment servant. Maksudnya kita ni berkhidmat untuk rakyat. Bagilah perkhidmatan yang terbaik. Kita bekerja biar ikhlas. Bukan semata-mata untuk gaji sahaja. "Ala..... yang penting hujung bulan duit masuk. Duduk saja pun dapat gaji". Tidak.... tidak patut berkata sedemikian.

-
-
-
-
-

Isnin, 18 Januari 2016

Eco Yap Fresh Milk, Satu Lagi Keluaran Bumiputera

Susu lembu segar adalah minuman terbaik bagi saya... baik yang original ataupun perisa coklat. Ada dua jenama susu segar pilihan saya iaitu Desa dan Eco-Yap.

Pernah dengar jenama Eco -Yap sebelum ini? Jenama ini dimiliki oleh Datuk Yap Yun Fook dan lokasi ladang tenusunya terletak di Keningau. Saya dah dua kali melawat ladang ini bersama yang lain, dan dah pernah cuba minum susu segar yang belum dipastur! (Minum fullblast sampai lima cawan. Memang kick!). Honestly, saya amat mengagumi Datuk Yap kerana ladangnya bukan sahaja begitu luas, teratur, bersih dan... yang penting lembu-lembunya semua sihat belaka ♡_♡ Saya melihat sendiri lembu-lembu tersebut beratur untuk diperah susu... kemudian ada pekerja-pekerja yang akan memerhati dan membersihkan lembu - lembu tersebut sepanjang proses memerah susu. Setelah lembu siap, mereka akan berbaris keluar dan diikuti dengan lembu yang lain pula masuk ke tempat pemerahan.

Gembira tengok suasana ladang begini. Jadi saya dengan suka hatinya mencari susu lembu segar Eco-Yap yang kini berada di pasaran. Saya beli di Pasaraya Lintas di Sulaman dengan harga RM6+.

Ya. Saya boleh habiskan satu kotak susu 1liter dalam masa yang singkat. I really really love it. Dan saya harap Eco-Yap akan mengeluarkan susu perisa coklat dan strawberry pula.

Pagi tu saya minum susu lembu keluaran Eco-Yap, dan malam tu pula kami dinner dengan Datuk Yap. Hye! Bukan senang tau nak berjumpa dengan beliau. Saya sangat gembira dapat berjumpa Datuk Yap. A very humble person, peramah dan sentiasa tersenyum. Itulah beliau.

So I got another six Eco-Yap fresh milk yang diberikan oleh Datuk sendiri. ♡♡♡ Yeaaazzzz!!! Punyalah happy!

Hidangan susu segar dan potongan buah nenas yang juga keluaran ladang Datuk Yap di Keningau. Nenas ni sangatlah manis. Walaupun saya bukan peminat nombor satu nenas, tapi nenas Datuk Yap memang terbaik. Lunak betul isinya.

Nenas ni boleh dibeli di kedai Pick&Pay

Saya baru sahaja menghabiskan gelas kedua

Ni la susu Eco-Yap yang saya minum tadi pagi. Perasan tak corak lembu tu peta Negeri Sabah?

Review : Victoria's Secret Pink Body Mist

Sekarang pergi ke pejabat tak perlu dah guna perfume lagi. Guna body mist dah cukup. 

Memandangkan kulit saya dah tak boleh terkena perfume (Alahan. Kulit jadi gatal dan ruam), saya dah jarang guna perfume. Kalau guna pun, hanya sembur di baju atau tudung sahaja. (Pastikan semburan ringan agar cecair perfume tak tergumpal dan mengakibatkan terkena di kulit). 

Dalam dilema jugalah sebab perfume beli berbotol-botol! Arrgghhh...! Sayang jarang guna. 

Hari tu birthday Nora. Jadi masuk dalam kedai Victoria's Secret di KLIA1. Pergi cari makeup kit. Terus belikan body mist. Buy 1 free 1. Yang satu saya songlap :-b Ngehehehehehe....

Harum bau body mist ni. Yang ada dengan saya sekarang adalah bau blackcurrent + bunga peony. Spray kat kulit pun tak meninggalkan kesan gatal. Good for me la. Boleh pakai ke pejabat setiap hari. Lagipun wangiannya tak terlalu kuat. 

Selain itu, botolnya yang slender menyenangkan saya masuk body mist ni dalam beg untuk dibawa travel. Pendek kata, I use Victoria's Secret body mist ke mana sahaja. Pejabat, keluar jalan, outstation etc. 

Affordable dan boleh didapati di seluruh cawangan VS. 

My favorite body mist

Ahad, 17 Januari 2016

Banyak-Banyak Burger.... Saya Pilih Burger King

Banyak-banyak burger yang dijual di fastfood restaurants, saya memilih Burger King a.k.a BK. Keenakannya tak boleh disangkal lagi. ♡♡♡

Kenapa saya suka Burger King?

Sebenarnya saya tertarik dengan unique taste of Mushroom Swiss. Bermula dari Burger King yang pada masa itu di buka di Centre Point (sekarang kedai tu adalah kedai kasut), menyebabkan setiap kali saya ke sana... tak sah kalau tak makan Burger King. Selain Swiss Mushroom, saya juga peminat setia kepada burger Whopper.

Lepas tu Burger King ditutup di Centre Point dan buka di Putatan... okaylah. Saya suka lepak di BK Putatan duduk makan sambil surfing Internet. Lagipun tak jauh dari rumah keluarga saya (dulu saya masih tinggal di rumah family). Lepas tu jarang dah lepak selepas pindah ke rumah sendiri.

Sekarang BK dah buka balik di Centre Point (lokasi sebelah kedai Watsons). Okaylah. Setelah lama rasa tak makan burger due to kalori yang banyak, semalam teragak pula nak makan burger. Jadi kami pun makan malam di sana.

Burger King dah berwajah baharu sekarang. But the quality still same. Whopper (Jr.) masih mengancam seperti dulu. Arggh!

Oh-so-yummy Whopper Jr. (Daging + salad + pickles + onion + sos istimewa)

Fries Burger King yang besar. Sebesar jari jemari kita ♡_♡ wuhhh!

I can't live without chili sauce. Double em up!

Burger King juga ada di beberapa cawangan yang lain termasuk di Sinsuran dan Damai. 

P/S - Saiz Burger King di Malaysia tak sama seperti saiz di negara-negara Barat yang lebih besar.

Resepi Udang Masak Sos Paling Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak share resepi udang masak sos yang paling simple dan tak guna banyak bahan.

Bahan-bahan
  • Udang yang dah dibersihkan
  • Sos cili
  • Air
  • Sebiji bawang besar yang dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih yang potong
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir / madu
  • Minyak untuk menumis bawang
  • Secukup rasa (optional)
  • Sebiji tomato yang dipotong empat (optional)


Cara-caranya

  • Tumiskan bawang dengan minyak. Minyak kalau boleh letak sikit sahaja. Lebih baik kalau guna kuali non-stick.
  • Setelah naik bau, masukkan sos dan mix dengan sedikit air agar sos tak terlalu pekat.
  • Masukkan secukup rasa, gula atau madu dan garam.
  • Masukkan udang dan tunggu sehingga udang kemerahan.
  • Kalau nak tambah perisa, masukkan tomato.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Oleh kerana sos cili segera saya begitu banyak.... lebih baik guna yang ni daripada membazir begitu sahaja.

Taaadaa.... enak dimakan bersama nasi putih