Rabu, 2 Disember 2015

Signal Hill Eco Farm, Kota Kinabalu - Beautiful Farm Cafe with Colorful Lights

Siapa yang nak try masakan yang super fresh dari ladang, dengan suasana kampung yang tenang dan damai... dan... lampu yang bewarna warni, I strongly suggest anda semua untuk pergi ke Signal Hill Eco Farm yang terletak di Kota Kinabalu. 

I love this place very much! Dan dah pergi beberapa kali (rasanya dah pergi empat atau lima kali). Walaupun restoran ni agak baharu, tetapi dah ramai orang yang dah try makan kat sini. Orang sekarang mencari kelainan dan bayangkan di tengah-tengah bandaraya, ada sebuah tempat di lembah dekat Signal Hill dipenuhi kebun sayur yang sangat cantik... siapa yang tak nak pergi kan? First time pergi masa tahun 2014 tapi masa tu restoran tak ada lagi. Lepas tu pergi lagi, lagi dan lagi. Dan yang terbaru adalah pada 1 Disember 2015 bersama Toh Puan. 

Kepada yang kurang pasti di mana tempat ini berada... mari saya bagi guide sikit.
  • Masuk dari pintu gerbang Istana. Terus menuju Jalan Bukit Bendera
  • Lepas tu amik simpang Jalan Asrama (dalam Google Maps sebut Jalan Asmara)
  • Then ambil Jalan Wong Thau Yong. Masa masuk jalan tu, selekohnya tajam sikit.
  • Terus ikut jalan tu dan sampai ke Signal Hill Eco Farm.
  • Kalau tak pasti juga, boleh buka Waze atau Google Maps

Sumber Google Maps

Jom saya tunjuk skit tempat ni:
-
-
-
-
-
-
Ini adalah kale dan baik untuk merawat kanser. Kale pun ada banyak jenis tau!


Tempat ni juga dipenuhi bunga teratai ^^


Gambar atas adalah bunga teratai yang tak kembang lagi (gambar diambil sebelum jam 0830PM)
Gambar kedua.. bunga teratai dah kembang. (After 0830PM dan akan kekal kembang sehingga jam 1130AM hari berikutnya) - Katanya Mr. Lee

Mr. Lee, the owner of Signal Hill Eco Farm

Very fresh, tasty and healthy

Start dari kiri, Kale salad dengan Roasted Sesame Dressing, sayur kacang panjang keriting yang rangup, steam talapia yang dicurahkan sos istimewa, ladies finger and brinjal celur dan dituang kicap istimewa, lotus with salted egg yolk, ayam steam style Hainan dan sayur sup campur (campuran kubis, pucuk manis dan peria kampung). Semua sayuran dipetik dari kebun yang berada di sekeliling tempat ini dan ayam juga disembelih terus di tempat ini. 
(P/S - Tukang masak dan pekerja adalah Islam)

Latest picture. Me, Mr. Lee and Toh Puan. Credit photo Signal Hill Eco Farm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!