Sabtu, 5 Disember 2015

Review : Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo

Rambut yang gatal akibat dandruff boleh menganggu aktiviti harian kita. Malah, ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan pori-pori tersumbat. Lebih-lebih lagi kepada wanita yang memakai tudung. Lagilah rasa tak selesa.

Untuk cara yang mudah mengurangkan kelemumur, saya telah mencuba produk Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo. Cerita yang sebenarnya begini. Hari tu shampoo yang selalu saya guna tu tak ada stok. Ingat nak cuba produk lain, nak tengok berkesan atau tidak. 

Secara jujurnya, dulu kulit kepala saya selalu gatal akibat dandruff. Rupanya saya tak boleh guna conditioner kerana ia akan meyebabkan rambut saya berkelemumur. Oleh itu, saya stop guna conditioner dan untuk mengurangkan dandruff yang ada, saya menggunakan shampoo anti-dandruff.
Okay. Tadi ceritanya shampoo yang saya selalu guna tu tak ada stok. Oleh kerana shampoo saya dah habis, saya cuba guna jenama Selsun Blue pula. Nampak macam berkesan saja shampoo ni. Harga pun okay dalam RM24. Shampoo ni ada beberapa pilihan dan saya ambil Dandruff Treatment Shampoo with Menthol.

Liquid shampoonya pekat dan bewarna hijau. Tuang sikit dah memadai (ikut ketebalan rambut). First time guna dah rasa okay. Kepala langsung tak gatal dan tak berkelumumur. Ditambah lagi dengan rasa menthol yang nyaman.... kulit kepala terus terasa segar.

Tak semua individu mencuci rambut setiap hari. Ada yang cuci berselang-seli. Jika menggunakan shampoo ini, rambut tak akan rasa berminyak dan gatal walaupun keesokan harinya tak cuci rambut. I give this shampoo 5 out of 5. 

Sangat berpuas hati dengan produk ini.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!