Sabtu, 5 Disember 2015

Sakit -_-

Antara gejala sewaktu demam + selsema... mulalah badan rasa lenguh, kepala sakit, mata terasa berat dan rasa macam nak termasuk, lesu serta tekak gatal. Selera makan juga berkurang dan tak dapat rasa kenikmatan makanan tersebut. Pendengaran jadi kurang jelas. Badan yang panas juga meyebabkan ruam dan bintik merah keluar. Mood pun kurang.

Gejala tersebut jelas terjadi kepada saya. Saya teringin nak minum yang sejuk tapi pastinya kalau depan Hafiz, tentu tak dapatlah. Terpaksa minum air biasa. -_- (Kalau depan kawan-kawan okay lagi. Boleh minum sejuk. Ngeheheheheh).

Hari ni ada cat festival yang diadakan di Suria Sabah. Saya dah janji dengan kawan dari SPCA bahawa saya akan hadir ke festival tersebut kerana mereka ada buka booth. Tapi nampaknya saya tak berjaya hadir dan saya memohon maaf yang teramat sangat >.< Hafiz pun tak bagi saya pergi sebab takut bulu kucing menyebabkan saya bersin teruk. (Feeling mehh).

So lewat petang tadi kami berdua keluar sebentar untuk makan malam... terus nak beli barang keperluan sedikit. Sangat tak ada selera makan... tekak asyik rasa nak batuk. Hidung pun gatal-gatal. Itulah lumrah orang kena selsema.

Jadi cara yang paling cepat untuk melawan penyakit ini dengan makan vitamin C 2000mg sehari. 

Mihun sup ikan di Sabah Keratang. Sambalnya paling sedap tapi malangnya tak kena suruh makan pedas. Takut suara tak ada nanti. -_-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!