Sabtu, 26 Disember 2015

Restoran Ikan Bakar Purple Cafe, King Fisher

Kalau terasa nak makan ikan panggang gaya hidangan seperti di Sandakan, boleh berkunjung ke Purple Cafe yang terletak di King Fisher. Cafe ni bertempat di blok sebelah hadapan, dekat area 7 Eleven. Boleh nampak dari jalan raya.

Hidangan paling famos di cafe ini adalah ikan panggang. Boleh pilih nak ikan jenis apa. Ada tenggiri, ikan kayu, ikan putih dan lain-lain yang siap dipanggang. Makan dengan nasi putih dan sambal mestilah sedap. Nak tambah kelazatan, ikan panggang tu boleh diperah dengan limau kasturi. Selain itu, cafe ini jug ada menyediakan menu yang lain seperti mi goreng, nasi goreng etc...

Cakap mengenai harga, kira berbaloi juga. Tiga jenis ikan panggang + nasi putih yang dihidang dalam satu bekas + sayur kailan + sambal + sup kosong + dua minuman = RM24 sahaja. Walaupun hidangan ini cukup ringkas, tapi ini adalah makanan yang cukup digemari oleh orang tempatan. 

Lagi simple lagi berselera makan. Jom try di Purple Cafe, King Fisher!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!