Sabtu, 19 Disember 2015

Menu yang Lazat, Mudah dan Sihat

Kami berdua selalu terikat dengan masa kerja. Kadang-kadang Hafiz outstation... kalau tak... sayalah yang kena outstation. Nak masak di rumah pun ikut mood. Kalau saya sorang saja, masak pun malas jadinya. -_-

Tapi makan memang tak boleh skip. Jadi saya suka prepare menu yang simple, yang boleh dihabiskan sekaligus (tak ada tinggal-tinggal dah), still boleh dikategorikan sebagai makanan sihat dan lazat.

Contohnya salad. Untuk menjadikannya lebih lazat, tuangkan dengan sedikit Roasted Sesame dressing. Saya sukakan sos cili. Dan boleh juga tambahkan ke dalam salad untuk lebih perisa. Salad ni saya bawa ke office untuk sarapan pagi. Minum dengan susu segar, bahagianya ♡_♡

Yang ni pun contoh sarapan pagi saya hari ini. Lebih kurang sama macam salad tadi. Timun yang dipotong halus, dicampur dengan jagung dan nugget ayam goreng tanpa minyak yang dipotong kecil. Lepas tu tuangkan roasted sesame dressing dan sedikit sos cili. 

Saya jarang masak nasi kalau sorang kat rumah. Sebab kalau masak mesti nasi tu ada lebih punya. Jadi saya sediakan menu ayam sup dengan sayur sawi. Mula-mula renehkan sup ayam bersama sedikit sos tiram, bawanh putih, garam, gula dan sedikit cuka. Setelah naik bau, masukkan sayur sawi. Agak sayur tu dah nampak layu, tutupkan api dan siap untuk dihidangkan. ^^♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!