Khamis, 24 Disember 2015

Hujung Tahun yang Sunyi

Salam Maulidur Rasul buat kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. :-) Dan selamat bercuti ♡♡♡

Baiklah. Minggu ni start dari hari Isnin sehinggalah minggu terakhir bekerja kelmarin, office makin laaa sunyi. Di office kami ada lima orang sahaja yang bekerja kelmarin. Actually nak kerja pun tak ada mood, tapi kuatkan sahaja perasaan tu. Kalau tak nanti jadi malas pula -_-

Biasa di parking banyak kereta, selalu sampai tak cukup tempat lagi. Kali ni punyalah lengang. Kereta pun sikit saja yang ada. Bila nak punch card pun sunyi semacam saja lobi. Jalan pun tak jem. Inilah penangan hujung tahun. Sentiasa tiada orang ketika kerja tetapi punyalah ramai orang yang pergi shopping complex atau keluar bercuti.

Kesunyian tambah dirasa sebab tahun ni tak buat apa-apa decoration hujung tahun. Tahun lepas ada buat lagi. Kali ni lampu kelip pun tak ada pasang. Sob... sob... sob... 

Inilah keadaan kelmarin semasa hari terakhir bekerja untuk minggu ni.

By the way, sebenarnya dah ada taman di dalam pejabat saya. Lilin tu saya dapat semada exchange gift baru-baru ni sempena akhir tahun. Terima kasih ♡ Yang lain tu beli sendiri.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya taman ni kecil sahaja Satu petak rumput :-b. Ni gambar sebenar. HeHe... Buat kat sudut meja. Okay la.

Saja nak share. Ni dapat hadiah birthday dari kawan saya, RR. :-) Thank you! Appreciate it. RR (bkan nama sebenar) ni kira bestfriend saya jugalah. Jadi nak bagi kredit skit dengan patung ni. :-))))

Senja ♡_♡