Selasa, 22 Disember 2015

Dark Obsession No-More

Rasa-rasa sekarang ni saya dapat rasakan kefanatikan 'those unwanted' dah makin kurang. Tak tau la kalau sebenarnya masih dalam fasa dark obsession. Tapi saya tak rasa apa-apa ancaman dah sekarang. Syukurlah. Lebih-lebih lagi sekarang ni semua mood balik kampung. Golongan 'those unwanted' pun tak nak ketinggalan juga.

Bila mana seseorang dengan obsesi gelapnya berleluasa, keadaan boleh jadi bahaya. Kenapa tiba-tiba saya cerita mengenai dark obsession? Sebab tadi saya baru tengok channel Crime Investigation (CI) - Dark Obsession.

Ceritanya mengenai seorang wanita yang hanya muncul dalam televisyen selama 15 minit untuk nyanyian lagu opera... dan ada seorang lelaki tiba-tiba pergi approach wanita tu melalui telefon. Mula-mula dijanjikan further career yang bagus... lama-lama dah jadi lain macam. Bila wanita tu tak nak layan, wanita tersebut diganggu dengan beribu-ribu e-mails, surat dan panggilan telefon. Bayangkan! Selama enam tahun wanita tu diganggu oleh lelaki extreme tu. Semuanya melalui cyber. Tak pernah jumpa pun. Kalau wanita tu tak layan, akan diugut bunuh.

Wanita tu dah tak tahan lalu laporkan kepada polis tapi tak ada apa tindakan. Sampaikan kerjayanya turut musnah dan mengalami trauma. Lama kelamaan bila segala bukti dah cukup... lelaki berkenaan ditangkap. Rupanya lelaki tu tinggal di Singapura! Manakala yang perempuan tu tinggal di negara Barat. Lelaki tu cukup psiko kerana dia juga trut ganggu beberapa lagi orang lain dalam masa yang sama.

Cerita pasal obsession... mungkin saya pernah mengalaminya suatu ketika dulu (ketepikan cerita those unwanted). Okay... ceritanya begini. This person adalah seorang doktor. Dengarnya dia ni pelik sikit. Tak suka kotor sampai buka pintu pun kena pakai tisu... atau minta nurse yang tolong buka. Kawan.... tak ramai dan rupa agak pendiam. At first saya tak kenal dia. Kebetulan dalam satu majlis tu saya bertugas amik gambar. Beberapa minggu selepas majlis tu selesai, suddenly my boss (time tu) bagitau saya ada orang nak minta nombor telefon saya. Tapi dia tak nak bagi. Dalam sehari tu berapa kali orang tu telefon boss saya. Lastly kerana tak tahan dikacau, boss saya pun terpaksa bagi juga. Boss saya bagi amaran supaya hati-hati dengan orang ni.

Kononnya orang tu nak minta gambar dia masa dalam majlis hari tu. Saya pun carilah gambar dia dalam folder... tapi sekeping saja yang ada muka dia. Tu pun blur semacam. Orang tu minta saya bagi CD gambar ngan dia. Tapi saya pergi minta office boy hantar. Then esoknya bila dia dah dapat CD gambar tu, dia tak stop di situ. Dia call lagi saya. Call and call and call and call. Dia bawa cerita macam-mcam. Sehingga saya dah tak nak angkat call dia lagi. Yalah. Dia ajak lepak sama la apa la. Then tanya soalan yang saya rasa privasi.

Then tak lama kemudian ada satu persidangan antarabangsa dan saya bertugas sebagai urus setia. Orang tu pun ikut jadi peserta juga. Jadi terjumpalah di persidangan tu. Tapi yang peliknya bila saya tengok dia, dia terus paling muka buat-buat tak nampak (dengan gaya yang pelik). Bila saya pura-pura tengok tempat lain, dia tengok saya pula. Maksud saya... tengok yang betul-betul fokus. (saya tengok dari anak mata dan hasil intipan rakan-rakan yang lain).

Malam tu dinner kebetulam dia duduk semeja dengan yang lain. Bila office mates saya perkenalkan diri mereka, sampai turn saya dia kata stop... tak perlu kenalkan diri lagi sebab dah tau pasal saya. Even office saya tingkat berapa pun dia tau juga. Mana tak... kadang-kadang dia akan datang ke fakulti tapi tak tau dia berurusan dengan siapa.

Walaupun buat selamba selama kenal ngan orang tu, actually dalam hati risau juga. Dengan gayanya yang odd, sure saya ada rasa takut. Dia dah beberapa kali ajak minum sama tapi saya tak pernah pergi. Lama-lama tu dia dah rasa diri dia tak dilayan, maka berakhirlah obsesinya terhadap saya. Sehinggalah suatu hari tu.... orang tu telah ditangkap akibat kes yang tidak sepatutnya dan menyebabkan dia dibuang kerja. Full stop. Sepatutnya ada sambungan. Lagi nightmare. Tapi tak nak ceritalah.

Sekian :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!