Isnin, 4 Januari 2016

Review : Cashmere Spotlight Cream Foundation

Antara krim pelindung + foundation yang paling saya syorkan untuk pakai adalah Cashmere Spotlight Cream Foundation. Kenapa?
  • Tak perlu guna foundation lagi (jimat masa dan jimat duit mekap)
  • Tak melekit
  • Kulit nampak kurang berminyak
  • Krim ini senang disapu (rata)
  • Packaging menarik dan compact
  • Terdapat pilihan warna (Highlighter, light, medium, dark, contour)
  • Sesuai dengan kulit sensitif
Sebenarnya mum yang bagi krim ni dengan saya. Mum kata krim ni tak berminyak bila disapu. Jadi saya pun nak try jugalah krim ni. Ternyata memang betul! Saya bagi double thumbs up untuk krim ni. 

Terutama di waktu pagi sebelum bekerja, itulah masa yang paling kelam kabut. Mana nak ready itu ini, lepas tu nak mekap lagi. Semenjak menggunakan krim ni, saya dah tak perlu pakai krim... then kena pakai foundation lagi. Cukup dengan Cashmere Spotlight Cream Foundation, muka dah nampak berseri. Saya punya krim jenis Medium color. Ya! Saya sangat syorkan krim ini kepada anda ♡ ^^. Harganya pun taklah mahal sangat.

Setakat ini saya amat berpuas hati terhadap produk ini.

Foto kredit kepada Facebook Cashmere Kuala Lumpur

Selepas menggunakan krim Cashmere

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!