Selasa, 15 Disember 2015

Cara Tanam Taugeh Paling Senang

Projek Pertanian Bandar dah bermula di tempat saya bekerja. Tengah buat pilot projek sekarang ni. Bermacam-macam tanaman ada. Kacang bendi... ketumbar... kailan... tomato ceri dan lain-lain. Manakala di rumah pula saya menjalankan projek penanaman taugeh.

Sebenarnya untuk suka-suka sahaja. Seronok tau! Apa-apapun, jom saya share cara penanaman taugeh yang paling simple, senang dan hanya memerlukan sedikit bahan sahaja.
Bahan-bahan:
  • Biji kacang hijau
  • Besen
  • Tuala bersih
  • Air
  • Plastik hitam

1. Mula-mula basahkan tuala (cari tuala bersih) dan taburkan kacang hijau. Tutupkan dengan plastik hitam. 
- Gambar Hari Pertama

2. Pastikan tuala sentiasa lembap (yang penting ada nampak air bertakung sikit). Spray beberapa kali sehari kacang hijau tersebut bagi mengekalkan kelembapan. 
- Gambar Hari ke tiga


Rupa taugeh pada hari ke empat. Boleh dituai :-)