Rabu, 16 Disember 2015

Bulan dan Sailor Moon

Semalam tengok bulan sangatlah cantik! Malam ni juga begitu. Cantik! ☆_☆ Sangat sangat cantik!

Bila saya melihat bulan, hati akan rasa tenang. Dan saya juga akan teringat dengan all-time favorite manga saya, Sailor Moon. Sejak saya sekolah rendah dulu, Sailor Moon sangat popular. Saya selalu bermain dengan rakan-rakan saya dan masing-masing akan pilih favorite sailor mereka. Setakat ini, karakter kegemaran saya adalah Sailor Jupiter dan Luna (kucing Usagi). 

Walaubagaimanapun, saya lebih menyukai komik Sailor Moon berbanding anime. Ini kerana lukisan di komik Sailor Moon lebih cantik ☆☆☆☆ lebih nampak Shoujo dan originally from Naoko Takeuchi. Pendek kata, saya amat menyanjungi hasil seni beliau. 

Ini keadaan bulan pada 14 Disember 2015. (Maaf kalau kamera saya kurang jelas)

Ini pula keadaan bulan pada 15 Disember 2015. 

Ini pula aplikasi yang saya install dalam smartphone saya. (Real time view bulan)

Jom kita tengok balik ilustrasi Naoko Takeuchi dan sedikit perkongsian maklumat:

Usagi Tsukino a.k.a Sailor Moon. Usagi (dalam bahasa Jepun) bermaksud arnab dan Tsuki bermaksud bulan. Luna (dalam bahasa Latin) juga bermaksud bulan

Inilah rakan-rakan Sailor Moon. Masing-masing mempunyai element sendiri. Bermula dari:
  • Ami Mizuno a.k.a Sailor Mercury. Aa bermaksud Asia, Mi bermaksud cantik, Mizu bermaksud air. 
  • Rei Hino a.k.a Sailor Mars. Rei bermaksud roh, Hi bermaksud api. 
  • Makoto Kino a.k.a Sailor Jupiter. Makoto bermaksud keikhlasan dan ki bermaksud kayu
  • Minako Aino a.k.a Sailor Venus. Mi bermaksud cantik, Ko bermaksud anak Ai, bermaksud cinta.
  • Hotaro Tomoe a.k.a Sailor Saturn. Hotaro bermaksud kelip-kelip, To bermaksud bumi Moe bermaksud bercambah.
  • Haruka Tenoh a.k.a Sailor Uranus. Haruka bermaksud jauh. Ten bermaksud syurga. Oh bermaksud raja
  • Michiru Kaioh a.k.a Sailor Neptune. Michiru bermaksud meningkatkan, Kai bermaksud laut, Oh bermaksud raja.
  • Setsuna Meioh a.k.a Sailor Pluto. Setsuna bermaksud masa. Mei bermaksud gelap, Oh bermaksud raja.



Luna dalam jelmaan manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!