Selasa, 24 November 2015

Review : Bio Essence Miracle Bio Water

Tadi pagi office mate saya dari jabatan sebelah tegur apasal muka semacam... HaHaHa. Ntah saya pun tak perasan juga. Mungkin semalam tidur tak berapa lena sebab Si Hitam bangun awal dan mula kejutkan orang suruh buka pintu. (Si Hitam adalah kucing saya. Rutin dia setiap malam..... makan kenyang-kenyang, bermain dengan Si Putih a.k.a kucing sebelah, berhiass sepuasnya dan lepas tu tidur. Bila dia bangun... dia akan renung kita semacam dulu. Kalau kita buat tak peduli... dia akan datang dekat telinga dan mengiaw. Dan kalau buat tak peduli juga... Si Hitam akan melompat dan sengaja langgar barang-barang sambil mengiaw minta kita buka pintu. Tu tanda kucing tu nak pergi tandas la tu.

Itu cerita selingan....

Okay. Siapa dah try produk Bio Essence Miracle Bio Water? Nampak produk ni cam best, jadi saya pun beli jugalah. Beli yang value pack (3 tin dengan harga RM48). Jadi satu saya letak di rumah, satu bawa pergi office dan satu lagi boleh jadi stok). 

Actually bio water ni bagus untuk saya sebab saya kerja di dalam pejabat (aircond) yang menyebabkan kulit menjadi kering. Memandangkan saya tak rajin nak sapu lotion di tangan dan kaki beberapa kali sehari, saya spray saja guna bio water ni (bio water ni tidak terhad digunakan di muka sahaja). Kalau spray di muka pula, diri terasa lebih segar. Jadi tadi pagi after ditegur oleh kawan sepejabat, lepas tu saya sembur sahaja muka saya ni supaya nampak segar sikit. Air semburannya juga sangat smooth seakan wap.

Bio water ni best guna lepas jalan di bawah matahari, atau ketika muka terasa panas.... spray sahaja, terus kulit menjadi sejuk semula. Saya pilih bio essence kerana pada produk ni paling laris dan mempunyai the lowest salt content. Ia juga sesuai untuk orang berkulit sensitif seperti saya.

Walaupun testimonial mengatakan produk ini mampu mengurangkan kulit berminyak, rasanya kurang berkesan ngan saya kot. Kerana kulit saya still berminyak seperti biasa. Namun untuk keseluruhannya, I like this product. 

Cooling, soothing and moisturizing.