Rabu, 2 Disember 2015

Aktiviti Pelajar Ko-Kum UMS di Kundasang

Okaylah. Just nak share kenangan masa melawat aktiviti pelajar ko-kurikulum yang diadakan di Kampung Sinisian, Walai Tokou, Kundasang. Aktiviti ini dijalankan pada hari Ahad, 30 November 2015 dan dihadiri oleh Tun dan Toh Puan, Pendaftar UMS dan isteri, Timbalan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum dan Pemajuan Pelajar, pegawai, kakitangan UMS, para pelajar serta penduduk kampung.

Memang meriah masa hari kemuncak aktiviti ini diadakan. Ada pertandingan EduCamp (budak-budak bermain scrabble, Monopoly dan chess), ada sesi penyampaian hadiah kepada pemenang, sesi tanam pokok bunga dan lain-lain lagi aktiviti. Walaupun pada mulanya hujan renyai, tapi lepas tu cerah pula. Cantik pemandangan masa ni + sejuk. 

Sambil menyelam, sambil minum air. Kepada yang rasa nak stay kat Kundasang, boleh stay kat Walai Tokou Homestay di Kampung Sinisian. Anda juga boleh memilih banyak lagi homestay atau mountain resort yang lain di Kundasang, dengan harga yang berpatutan. :-)

Meriah budak-budak ni bermain indoor games bersama para pelajar

Bergambar beramai-ramai. Tahniah kepada para pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini

Sesi tanam pokok bunga
-
-
-
-
-
-
-
-
Sempat ke Desa Cattle dan memborong susu segar terbaik dari ladang 
(Ada beberapa stok lagi kat rumah. Hehehehe....) Yang 1liter harga RM6+. Yang 500ml... RM3+. Susu segar Desa juga dijual di supermarket terpilih.

Gunung Kinabalu yang kekal indah walaupun tercalar akibat gempa bumi yang melanda Sabah. Oh ya! Trail baharu dah buka pada 1 Disember 2015. Jemput naik gunung!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!